resipi kek batik sihat
Kek Batik adalah sejenis pencuci mulut yang berasal dari negara Malaysia yang tidak perlu dibakar.

Kek Batik adalah sejenis pencuci mulut yang berasal dari negara Malaysia yang tidak perlu dibakar. Kek ini dihasilkan dengan mencampurkan biskut Marie yang dihancurkan dengan sos coklat atau kastard yang dihasilkan dengan telur, mentega/marjerin, susu pekat, Milo dan coklat serbuk. Kebiasaannya Kek Batik dihidangkan semasa meraikan majlis-majlis khas seperti Hari Raya dan Hari Krismas.

Resipi ini sangat mudah dan sesuai buat anda yang baru ingin mencubanya! Walau bagaimanapun, resipi kek batik yang sebenar menggunakan lebih banyak Milo daripada coklat tetapi kami telah mengubahnya sedikit dengan menggunakan lebih coklat. Jika anda inginkan kek batik yang memiliki rasa kopi, anda boleh menambah serbuk kopi ke dalam adunan kek batik dan terhasillah Kek Batik Mocha yang menyelerakan. Tidak mengira versinya, coklat atau kopi, kedua-duanya adalah sedap dan lazat.

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan serbuk Milo
  • 1/2 cawan coklat morsel kurang manis
  • 1/2 cawan air/susu mendidih (mana-mana yang anda suka)
  • 3/4 cawan mentega dipotong dalam ketulan besar
  • 1 cawan buttermilk
  • 1/4 cawan gula perang (atau tiada gula sama sekali)
  • 5 biji telur; pisahkan putih telur
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1 pek biskut Marie (250g)

Cara penyediaan:

  1. Hancurkan setiap biskut Marie secara kasar dan ketepikan dahulu
  2. Lapik loyang meggunakan ‘parchment paper’. Sapu gris pada loyang terlebih dahulu supaya kertas tersebut melekat dengan elok.
  3. Pukul putih telur dan kuning telur secara berasingan sehingga lembut.
  4. Cairkan coklat morsel mengikut arahan pada pembungkusan.
  5. Campurkan coklat cair dan serbuk Milo dalam periuk dan tambah air/susu ke  sambil mengacaunya sehingga sebati.
  6. Tambah mentega, buttermilk, gula, putih telur, kuning telur dan esen vanila ke dalam periuk
  7. Selaraskan pada api sederhana. Kacau secara berterusan sehingga bahagian  bawah adunan mula menebal. Ia mengambil masa kira-kira 5-8minit.
  8. Kemudian, masak pada api yang rendah selama 20 minit atau sehingga adunan menjadi tebal seperti kastard. Jangan berhenti mengacau.
  9. Pindahkan adunan ke dalam mangkuk besar dan masukkan biskut Marie yang dihancurkan. Campur kesemuan bahan sehingga semuanya disaluti adunan.
  10. Tuang adunan ke dalam loyang dan leperkannya menggunakan senduk untuk memastikan tiada poket udara terbentuk.
  11. Ketuk loyang di meja beberapa kali kemudian letakkan dan luruskan ‘parchment paper’ di atas adunan untuk menyamaratakannya.
  12. Biarkan sejuk kemudian tutup dengan cling wrap. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman sebelum dihidangkan.

Oleh kerana resepi kek batik ini tidak memerlukan pembakaran, anda boleh mengubah suai bahan-bahan bergantung pada gaya pemakanan anda.

Selamat mencuba!

Summary
recipe image
Recipe Name
Resipi Kek Batik Sihat
Published On
Tagged: