karipap pusing

Karipap pusing ialah antara salah satu kuih kegemaran oleh masyarakat di Malaysia. Pastri rangup ini diisi dengan pelbagai isi yang menarik seperti kentang, sardin atau gabungan kentang dan daging cincang bahkan ayam cincang.

Karipap juga dikenali sebagai makanan ringan yang paling disukai yang boleh anda temui di setiap selekoh dan sudut di Malaysia. Ia adalah makanan ringan yang sesuai untuk dinikmati oleh pelbagai etnik di negara berbilang budaya ini.

Cara Membuat Isi Kentang Karipap Pusing

  1. Panaskan kuali dengan minyak. Kemudian, tumis bawang sehingga lembut, kira-kira 3 hingga 4 minit.
  2. Masukkan kepingan ayam dan tumis hingga ia berubah warna.
  3. Masukkan kentang, sayur campur, serbuk kari, serbuk cili dan teruskan gaul selama lebih kurang 5 minit.
  4. 4. Masukkan kuah ayam
  5. Tutup dengan penutup dan biarkan ia mendidih selama kira-kira 5 minit atau sehingga kentang tersebut lembut,
  6. Buka penutupnya dan terus masak sehingga cecair tersejat.
  7. Taburkan tepung ke dalam isi kentang tersebut.
  8. Teruskan menumis bahan di dalam kuali sehingga ia benar benar sebati dan masak.
  9. Keluarkan dari kuali dan biarkan ia sejuk sepenuhnya.

Cara Membuat Corak Pusing

Corak pusing dibuat dengan menggunakan dua jenis doh iaitu doh air dan dan doh minyak.

  • Membuat doh air dan doh minyak

Untuk adunan air: Campurkan tepung, garam, gula dalam mangkuk pengadun dan kacau hingga sebati. Gosokkan mentega ke dalam tepung untuk membentuk serbuk kasar. Kemudian, masukkan air dan campurkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Selepas itu, balut mangkuk tersebut dengan plastik semasa anda menyediakan adunan minyak.

Untuk adunan minyak: Campurkan tepung dengan mentega dan terus menguli sehingga anda dapat membentuk doh.

  • Campurkan doh air dan doh minyak

Ratakan doh air di atas dulang. Kemudian, letakkan doh minyak di atas doh air tersebut. Balut doh air yang sudah diisi dengan doh minyak tadi. Balut sepenuhnya dan biarkan ia berehat selama 10 minit sebelum anda mula menggulung doh.

  • Bentuk doh

Lap permukaan kerja anda dengan sedikit tepung. Terdapat beberapa langkah untuk membentuk doh iaitu:

1. Tebarkan adunan doh menjadi segi empat tepat.

2. Kemudian gulungkan doh tersebut dari kanan ke kiri atau sebaliknya.

3. Kemudian putar doh 90 darjah ke kiri atau kanan.

4. Ulang proses satu hingga tiga. 

5. Rehatkan selama 15 minit

  • Membalut doh

Potong doh menjadi 20 bahagian yang sama. Pastikan doh anda sentiasa ditutup untuk mengelakkannya menjadi kering. Kemudian, lap permukaan kerja anda dengan sedikit tepung.

1. Ratakan doh yang dipotong dengan telapak tangan anda.

2. Gunakan penggelek untuk menggulungnya menjadi bulatan.

3. Letakkan isi kentang itu ke dalam doh tersebut.

4. Lipat doh menjadi separuh untuk membuat separuh bulatan

5. Tutup tepi dengan mencubit dan melipat ke atas.

6. Ulangi proses 1 hingga 5 sehingga isi kentang tersebut habis.

  • Goreng karipap pusing

Panaskan minyak untuk menggoreng dalam api sederhana dan goreng sehingga ia bertukar warna menjadi coklat keemasan.

Sumber

https://tasteasianfood.com/curry-puffs

https://www.nyonyacooking.com/recipes/curry-puff~H147_DivMcb7

Summary
Resepi Karipap Pusing Yang Mudah Dan Simple
Article Name
Resepi Karipap Pusing Yang Mudah Dan Simple
Description
Karipap pusing ialah antara salah satu kuih kegemaran oleh masyarakat di Malaysia. Pastri rangup ini diisi dengan pelbagai isi yang menarik seperti kentang, sardin atau gabungan kentang dan daging cincang bahkan ayam cincang. Karipap juga dikenali sebagai makanan ringan yang paling disukai yang boleh anda temui di setiap selekoh dan sudut di Malaysia. Ia adalah makanan ringan yang sesuai untuk dinikmati oleh pelbagai etnik di negara berbilang budaya ini.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: