Resepi Karipap

Resepi karipap pusing antara yang dicari-cari oleh kaum wanita. Hal ini kerana karipap pusing antara salah satu kuih kegemaran oleh masyarakat di Malaysia. Pastri rangup ini diisi dengan pelbagai isi yang menarik seperti kentang, sardin atau gabungan kentang dan daging cincang bahkan ayam cincang.

Karipap juga dikenali sebagai makanan ringan yang paling disukai yang boleh anda temui di setiap selekoh dan sudut di Malaysia. Ia adalah makanan ringan yang sesuai untuk dinikmati oleh pelbagai etnik di negara berbilang budaya ini.

Cara Membuat Isi Kentang Karipap Pusing

  1. Panaskan kuali dengan minyak.
  2. Kemudian, tumis bawang sehingga lembut, kira-kira 2 minit sahaja.
  3. Tumis ayam hingga ia menjadi keperangan.
  4. Masukkan kentang, serbuk kari dan serbuk cili ke dalam tumisan ayam itu.
  5. Gaul sehingga ia sebati.
  6. Kemudian, masukkan sedikit air supaya ia sedikit berkuah.
  7. Biarkan ia mendidih sehingga kentang lembut,
  8. Taburkan satu sudu besar tepung ke dalam isi kentang tersebut.
  9. Teruskan menumis bahan di dalam kuali sehingga ia benar benar sebati dan masak.
  10. Biarkan ia sejuk dahulu.

Cara Membuat Corak Pusing

  1. Membuat doh air dengan mencampurkan tepung, garam, gula dan kacau hingga sebati. Masukkan juga mentega ke dalam adunan tepung. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Selepas itu, balut mangkuk tersebut dengan plastik.
  2. Untuk adunan minyak, anda perlu mencampurkan tepung dengan mentega dan terus menguli sehingga anda dapat membentuk doh.
  3. Kemudian, letakkan doh minyak di atas doh air tersebut. Balut adunan dua doh tersebut dengan plastik.
  4. Biarkan ia selama 10 minit sebelum anda mula menggulung doh.
  5. Selepas itu, lap permukaan kerja anda dengan sedikit tepung.
  6. Kemudian, tebarkan adunan doh menjadi segi empat tepat.
  7. Gulungkan doh tersebut dari kanan ke kiri atau sebaliknya.
  8. Potong doh menjadi bahagian yang sama.
  9. Pastikan doh anda sentiasa ditutup untuk mengelakkannya menjadi kering.
  10. Selepas itu, ratakan doh yang dipotong dengan telapak tangan anda.
  11. Gunakan penggelek untuk menggulungnya menjadi bulatan.
  12. Letakkan isi kentang itu ke dalam doh tersebut.
  13. Lipat doh menjadi separuh untuk membuat separuh bulatan
  14. Tutup tepi dengan mencubit dan melipat ke atas.
  15. Ulang proses ini sehingga isi kentang habis.

Begitu mudah bukan cara membuat karipap pusing? Walaupun caranya nampak sedikit remeh, tetapi jika anda rajin membuatnya, pasti anda akan menjadi professional. Untuk menggoreng karipap ini, anda digalakkan untuk menggoreng dalam kuantiti yang sedikit sahaja supaya karipap anda tidak hangit.

Petang-petang kalau dapat makan karipap pusing ni sambil minum air teh panas. Syoknya!

Selamat mencuba.

SUMBER

https://tasteasianfood.com/curry-puffs

https://www.nyonyacooking.com/recipes/curry-puff~H147_DivMcb7

Summary
Resepi Karipap Pusing Yang Mudah Dan Cepat
Article Name
Resepi Karipap Pusing Yang Mudah Dan Cepat
Description
Resepi karipap pusing antara yang dicari-cari oleh kaum wanita. Hal ini kerana karipap pusing antara salah satu kuih kegemaran oleh masyarakat di Malaysia. Pastri rangup ini diisi dengan pelbagai isi yang menarik seperti kentang, sardin atau gabungan kentang dan daging cincang bahkan ayam cincang.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: