Resepi kari ikan

Resepi Kari Ikan yang sedap sememangnya mampu menarik perhatian bagi seluruh masyarakat berbilang bangsa di negara kita. Perkataan kari membawa nama hidangan yang mempunyai sejuta rasa dan aneka rupa. Masakan berasaskan kari yang berasal dari India ini telah dijamah hampir seluruh penduduk dunia.

Kini, masakan asal India ini telah terkenal di persana dunia termasuk Eropah, Afrika dan Amerika sebagai antara hidangan paling nikmat untuk dimakan. Oleh sebab itu, setiap negara akan mempunyai resepi dan adunan rempah kari yang berbeza-beza untuk menonjolkan keistimewannya yang pelbagai.

Kari dihasilkan daripada campuran rempah seperti lada hitam, kayu manis, ketumbar dan rempah lain. Bagi orang Malaysia, kari selalunya dimasak berasaskan rempah kari campur untuk memasak gulai kari seperti ikan, ayam, daging, udang, ketam dan kambing. Masakan ini juga sering diubah suai mengikut cita rasa penduduk tempatan.

Hari ini kami akan kongsikan resepi kari ikan istimewa yang paling senang!

Jika kebiasannya kita menggunakan ikan mentah seperti bawal, ikan siakap atau ikan merah untuk memasak, kali ini kita akan menggoreng garing ikan terlebih dahulu agar isi ikan tidak akan jadi lembik.

Jadi, tunggu apa lagi! Sekarang kita cuba masak kari ikan yang senang lagi enak ini!

Bahan-Bahan: –

  • Ikan bawal 1 ekor
  • Serbuk kari ikan 2 sudu besar
  • Serbuk cili 1 sudu besar
  • Daun kari
  • Air asam jawa
  • Santan 1 paket
  • Tomato 2 biji
  • Sayur bendi
  • Cili merah 1 biji
  • Garam

Bahan-Bahan (Hiris): –

  • Bawang merah 3 biji
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia 1 inci

Bahan-Bahan (Tumis): –

  • Kayu manis 1 batang
  • Halba campur 1 sudu kecil
  • Bunga lawang 2 kuntum

Langkah-Langkah Penyediaan

  1. Campurkan serbuk kari dan serbuk cili. Bancuh dua-dua serbuk dengan sedikit air.
  2. Tumis bahan hiris nipis dan rempah tumis dengan minyak panas sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Campurkan daun kari dan bancuhan serbuk rempah tersebut. Tambah sedikit air dan biarkan masak.
  4. Apabila kuah kari itu telah didih boleh masukkan air asam jawa dan ikan sekali.
  5. Biarkan ikan masak sedikit.
  6. Akhirnya, baru masuk santan, tomato, sayur bendi dan cili merah. Letakkan garam secukunya.

Nota Kaki: Untuk menghasilkan ikan yang rangup, anda mesti menggunakan minyak yang banyak dan panas. Ikan itu kemudian mestilah ditos agar kuantiti minyaknya tidak merosakkan tekstur ikan mahupun rasa kari tersebut.

Selamat mencuba!

SUMBER

https://asianfoodnetwork.com/en/recipes/cuisine/indonesian/gulai-ikan-karang.html

https://www.bbcgoodfood.com/recipes/super-quick-fish-curry

Summary
Resepi Kari Ikan Senang Wajib Cuba!
Article Name
Resepi Kari Ikan Senang Wajib Cuba!
Description
Kari ialah satu nama hidangan yang mempunyai sejuta rasa dan aneka rupa. Masakan ini telah dijamah hampir seluruh penduduk dunia.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: