Now Reading
Resepi Kaki Ayam yang Menyelerakan

Resepi Kaki Ayam yang Menyelerakan

Sebelum kita ke resepi kaki ayam, terdapat sedikit informasi tentang betapa pentingnya ayam dalam hidup masyarakat Malaysia. Ayam merupakan salah satu makanan utama bagi orang Malaysia. Tidak dinafikan, pelbagai jenis masakan yang boleh dihasilkan dengan ayam. Antaranya ayam masak kicap, ayam masak lemak, ayam goreng rempah, sup ayam, ayam bakar dan pelbagai lagi. Salah satu bahagian ayam yang kadang kala kita terlepas pandang adalah kakinya. Kadang kala ada sahaja orang yang membuang kakinya ke dalam tong sampah sedangkan kaki ayam tersebut boleh dimakan dengan resepi masakan yang enak. Di sini, suka untuk kami kongsikan terdapat tiga resepi kaki ayam yang amat menyelerakan.

Kita perlu ingat bahawa kebersihan adalah suatu perkara yang sangat dituntut. Jadi para pembaca sekalian sangatlah dituntut untuk memastikan ayam yang hendak dimasak lebih-lebih lagi kakinya itu dibasuh dengan sebaiknya.

Resepi Pertama: Kaki Ayam Masak Kicap Gaya Cina

Kek Chocolate Mouse Cheese ini terdiri daripada empat lapisan. Setiap lapisan itu berbeza dan mempunyai bahan tertentu serta teknik penyediaan tertentu. Penggunaan kadar bahan itu boleh diubah suai jika kalian berhajat membuatnya lebih kecil atau besar. Tetapi, pastikan pertukaran kadar ramuan itu sama ada dilebihkan atau dikurangkan mestilah dibuat ke atas setiap ramuan.

Ramuan asas

  • 700 gram kaki ayam
  • 200 gram cendawan shiitake

Cara memasak ramuan asas

  1. Goreng kaki dengan minyak yang banyak, tutup periuk. Tutup api apabila kaki ayam sudah bewarna kecoklatan. Biarkan seketika sebelum diangkat kaki ayam itu daripada periuk.
  2. Masukkan kaki ke dalam periuk dan tuang air sejuk dari dalam peti, diamkan selama 30 minit. Kemudian rebus kaki hingga betul-betul lembut (1 jam lebih). Angkat dan toskan.

Bahan Kisar:

  • 3 bawang merah
  • 2 bawang putih
  • 1 cm halia

Bahan Tumis:

  • 8 tangkai cili kering, potong 2
  • 2 inci kayu manis
  • 1 bunga lawang

Bahan Sos:

  • 2 sdm dark soy sauce
  • 4 sdm kicap manis
  • 2 sdm oyster sos
  • sedikit lada putih
  • 1 sdm minyak bijan

Cara Masak

  1. Tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan bahan tumis. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan bahan sos kecuali minyak bijan.
  2. Tambahkan 3 cawan air, masukkan kaki ayam dan cendawan. Masukkan bahan perasa (gula, garam, seasoning dan lada putih) masak hingga air agak mengering.
  3. Masukkan minyak bijan, kacau rata. Hiaskan dengan daun bawang. Siap untuk disajikan!

Resepi Kedua: Kaki Ayam Masak Pedas Maggi

Bahan

  • 470 gram kaki ayam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 biji bawang putih
  • 5 tangkai daun ketumbar
  • 20 biji cili
  • 5 sudu kecil Maggi Cukuprasa
  • 10 sudu besar jus limau nipis
  • 10 gram cili merah
  • 3 keping daun bawang

Teknik Memasak

  1. Langkah 1

60 Min: Kukus kaki ayam selama 1 jam.

  • Langkah 2

Sebaik sahaja selesai kukus, panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Tumis bawang putih dan cili yang telah dicincang sebelum ini selama 1 minit.

  • Langkah 3

Seterusnya masukkan kaki ayam, air perahan limau dan daun ketumbar.

  • Langkah 4

Kemudian, masukkan Maggi Cukuprasa dan gaul sehingga rasanya sebati.

  • Langkah 5

Masukkan daun bawang dan cili besar merah sebagai hiasan.

Resepi Ketiga: Kaki Ayam Goreng Berlada

Ramuan Asas

See Also
resepi kerabu perut

  • Kaki ayam
  • Halia, lada dan garam

Teknik memasak

Rebus kaki ayam tersebut bersama halia, lada dan garam yang telah ditumbuk bersama. Rebus lebih daripada 30 minit (sehingga empuk sepertimana yang kalian kehendaki)

Ramuan sambal

  • Bawang putih, bawang merah dan halia yang dikisar kasar
  • Cili kering yang telah dikisar
  • Gula, garam dan asam
  • Serai titik

Teknik memasak

Tumis bahan-bahan ini semua sehingga kering yang kalian kehendaki.

Teknik penyediaan kaki ayam goreng berlada

Selepas ditumis bahan-bahan untuk sambal tadi sehingga kering yang dikehendaki, masukkan kaki ayam yang telah direbus.

Khasiat Kaki Ayam

Terdapat beberapa pendapat yang menyatakan bahawa jika kita makan kaki ayam, ia dapat membantu kita untuk mengekalkan awet muda. Akan tetapi, itu hanyalah pendapat sesetengah orang sahaja, sama ada sahih ataupun tidak, wallahualam. Tunggu apa lagi? Jom cuba masak kaki ayam!

Sumber

http://makanapaaje.blogspot.com/2019/06/resepi-enak-kaki-ayam-goreng-berlada.html

error: Content is protected !!