resepi kailan ikan masin

Kailan ikan masin adalah lauk sayuran berdaun yang dimasak sekali dengan campuran ikan masin. Hidangan ini sangat mudah didapati di restoran-restoran pada waktu malam yang selalunya dihidangkan sebagai masakan panas.

Menu ini mempunyai rasa tekstur kailan yang rangup dan digabungkan dengan rasa masin dari ikan masin. Yang pasti, ia memang sangat sedap dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Ia juga mudah untuk disediakan di rumah. Jom tengok resipi kailan ikan masin di bawah yang boleh anda cuba di rumah.

Bahan – bahan yang diperlukan:

  • 1 ikat sayur kailan
  • 5 ekor udang- dibuang kulit
  • 1 keping ikan masin
  • 4 biji cili padi – diketuk
  • 3 ulas bawang putih – diketuk
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Gula sedikit
  • Garam sedikit
  • Air sedikit
  • 2 sudu besar minyak

Cara-cara penyediaan :

  1. Mula-mula, basuh sayur kailan dan rendam sebentar di dalam bekas berisi air. Kemudian, bilas dan potong daun sayur kailan sepanjang lebih kurang 1 inci, manakala batangnya pula dihiris nipis-nipis.
  2. Panaskan dahulu minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih, ikan masin, udang, dan cili padi hingga naik bau. Kacau dan gaul sehingga rata.
  3. Masukkan pula batang sayur kailan dan juga sos tiram. Setelah digaul seketika, masukkan pula daun sayur kailan.
  4. Setelah sayur kelihatan agak layu sedikit, letakkan sedikit air.
  5. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
  6. Angkat, hidangkan, dan sayur kailan ikan masin sedia untuk dinikmati.

Kailan ikan masin sangat sedap jika dimakan panas-panas dengan nasi putih. Rasa masin dari ikan dan kerangupan sayur kailan pasti akan memikat hati orang yang menikmatinya. Jadi, jangan lupa cuba sendiri resepi di atas ya.

TIPS:

  • Untuk ikan masin, anda boleh gunakan ikan tenggiri atau ikan kurau masin.

Source:

https://www.aziekitchen.com/2012/08/kailan-ikan-masin-dan-udang.html

https://resepichenom.com/resepi/kailan-ikan-masin/show

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kailan

Tagged: