Resepi Ikan Singgang, resepi mudah untuk anda yang sedang berdiet
Resepi ikan singgang ini lebih dikenali di negeri-negeri seperti Terengganu dan Kelantan kerana keunikan cara masaknya. Ia juga adalah satu menu sihat bagi anda yang sedang berdiet kerana tidak menggunakan minyak atau perasa berlebihan.

Resepi ikan singgang ini lebih dikenali di negeri-negeri seperti Terengganu dan Kelantan kerana keunikan cara masaknya. Ia juga sememangnya adalah satu menu sihat bagi anda yang sedang berdiet kerana tidak menggunakan minyak atau perasa berlebihan.

Anda boleh menggunakan ikan yang sesuai mengikut pilihan seperti ikan kembung, ikan selar, ikan tenggiri atau jenis ikan lain yang bersesuaian.

Jadi, apa tunggu lagi? Mari kita lihat resepi ikan singgang mudah menggunakan ikan kembung di bawah.

Bahan-bahan:

  • Ikan kembung
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 inci kunyit (dihiris)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 keping asam keping
  • Sedikit air

Cara penyediaan:

  1. Didihkan air secukupnya dalam periuk buat seketika.
  2. Setelah mendidih, masukkan semua bahan yang telah dihiris dan serai yang telah diketuk bersama asam keping tadi.
  3. Masak seketika dan masukkan ikan yang telah siap dibasuh.
  4. Tunggu hingga ikan masak dan kuah agak mendidih.
  5. Anda boleh letakkan sedikit untuk memberi rasa pada kuah, tapi pastikan anda menggunakan garam bukit untuk pilihan lebih sihat.
  6. Tutup api dan hidangan ikan singgang anda siap dihidangkan!

Selamat mencuba!

Kredit: Gambar diambil daripada sumber https://gulapop.com/dakwa-ikan-singgang-sembuhkan-covid-19-ini-penjelasan-pensyarah-umt/

SUMBER

http://www.azhafizah.com/2017/03/menu-diet-ikan-masak-singgang.html

Summary
recipe image
Recipe Name
Resepi Ikan Singgang, resepi mudah untuk anda yang sedang berdiet
Published On
Tagged: