ikan selar

Ikan selar adalah ikan yang mudah didapati di sekitar pesisir pantai. Ia tergolong dalam keluarga ikan jenis carangidae. Terdapat pelbagai jenis ikan selar seperti selar papan, selar bentong, dan selar bulat.

Ikan selar jika dibuat masak lauk ikan selar sumbat, pasti akan membangkitkan selera siapa sahaja yang menikmatinya. Ikan selar itu sahaja sudah memiliki rasa yang sangat sedap walaupun hanya digoreng bersama garam dan kunyit. Inikan pula dimasak dengan resepi tersendiri.

Jom kita cuba salah satu resepi ikan selar sumbat. Menu ini sesuai dijadikan lauk utama ketika makan bersama keluarga tersayang. Jom lihat resepinya.

Bahan-bahan:

  • 10 biji bawang besar
  • 4 inci kunyit
  • 20 biji cili merah
  • 5-10 biji cili padi
  • 2 sudu besar pes udang / belacan
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil garam
  • 10 helai daun limau purut
  • 200 ml sudu besar minyak – untuk sambal
  • Minyak masak

Langkah-langkah penyediaan sambal:

  1. Kisar atau tumbuk serai, bawang merah, kunyit, dan dua jenis cili menjadi pes.
  2. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Untuk membuat sambal, minyak cukup penting. Selepas satu minit, masukkan pes kisar, pes asam jawa dan pes udang bakar.
  3. Didihkan selama 20 minit kemudian masukkan daun limau purut yang dicincang halus.

Langkah-langkah penyediaan ikan:

  1. Keluarkan insang setiap ikan dari bahagian atas kolar ikan tanpa menghiris perut.
  2. Hiris celah bahagian belakang ikan memanjang pada setiap sisi sirip punggung. Gosokkan sedikit garam ke seluruh ikan.
  3. Dengan menggunakan jari anda, masukkan pes ke perut dari bahagian atas kolar dan kemudian, masukkan kedua-dua bahagian belakang ikan yang telah dihiris. Biarkan ikan yang disumbat di dalam peti sejuk selama kira-kira satu jam.
  4. Untuk mula menggoreng, panaskan minyak hingga panas.
  5. Teknik terbaik adalah menggoreng ikan dalam kuali dengan hanya separuh badannya yang terendam dalam minyak.
  6. Biarkan  ikan hingga kering. Anda boleh menggoreng tiga ekor ikan.
  7. Angkat ikan di ekor dan perlahan-lahan masukkan ke dalam kuali tanpa memercikkan minyak.
  8. Goreng selama kira-kira 6-7 minit dengan api kecil hingga sederhana sebelum membalikkan ikan dan lakukan setelah 3-4 minit lagi. Tempohnya bergantung pada saiz ikan, seberapa panas minyaknya dan seberapa hangus yang anda mahukan. 
  9. Setelah siap goreng, angkat dan hidangkan.

Anda boleh mencuba hidangan ini dengan menjadikan resepi ini sebagai rujukan. Hidangan ikan selar sumbat pastinya akan lebih sedap jika dimasak dengan air tangan sendiri. Resepi masakan dan bahan-bahan yang diperlukan juga mudah didapati. Hidangan ikan selar sumbat yang sedap ini boleh dinikmati bersama keluarga ketika makan tengah hari ataupun makan malam. Selamat mencuba ya!

SUMBER

http://www.foodcanon.com/2017/07/ikan-sumbat-using-selar-fish-chilli-fish.html

http://animhosnan.blogspot.com/2014/05/ikan-selar.html

Summary
Resepi Ikan Selar Sumbat (Ikan Cili)
Article Name
Resepi Ikan Selar Sumbat (Ikan Cili)
Description
Ikan selar adalah ikan yang mudah didapati di sekitar pesisir pantai. Ia tergolong dalam keluarga ikan jenis carangidae. Terdapat pelbagai jenis ikan selar seperti selar papan, selar bentong, dan selar bulat.
Author
Publisher Name
CERIA SIHAT
Tagged: