dorayaki

Dorayaki terkenal sebagai makanan kegemaran Doraemon, dan menjadi salah satu makanan kegemaran anak-anak. Jadi para ibu bolehlah mencuba sendiri resepi dorayaki ini. Untuk pengetahuan semua, dorayaki adalah kuih tradisional Jepun yang berbentuk bundar, tembam dan terdapat dua lapisan yang diapit oleh kacang merah. Tekstur dorayaki adalah sangat lembut dan mengandungi madu.

Dorayaki menjadi popular di Malaysia disebabkan oleh anime Doraemon. Pada masa ini, dorayaki telah banyak dijual di kedai-kedai di Malaysia dan kebanyakannya telah diubah suai mengikut cita rasa tempatan.

Jom cuba resepi dorayaki di bawah.

RESEPI DORAYAKI

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • Setengah cawan gula
  • 2 sudu besar baking powder
  • 3 sudu besar air
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar madu / susu pekat
  • Setengah sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Untuk inti, terpulang kepada cita rasa anda untuk meletakkan apa jua perisa inti

Cara membuat:

  1. Masukkan gula dan telur ke dalam mangkuk, pukul hingga sebati
  2. Campur baking powder dan air dalam satu mangkuk lain, kacau sehingga baking powder larut. Kemudian campurkan ke dalam mangkuk telur tadi.
  3. Masukkan tepung, susu, minyak masak dan esen vanila, kacau sehingga adunan sebati. Kemudian rehatkan adunan selama 15 minit, jika adunan menjadi terlalu pekat, tambah air 1 sudu.
  4. Panaskan pan, senduk adunan mengikut saiz yang dikehendaki, dan letakkan api pada tahap kecil untuk mengelakkan adunan hangus.
  5. Ulang langkah empat sehingga adunan habis
  6. Sapukan inti pada satu keping dorayaki dan apitkan dengan kepingan lagi satu.
  7. Siap untuk dihidangkan,

Kami juga menulis resepi menarik yang lain selain daripada air katira. Jemputlah baca dan cuba. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke laman web kami, jangan lupa klik butang suka dan kongsi resepi ini!

Sumber:

  1. https://iluminasi.com
  2. https://bidadari.my
Summary
Resepi Dorayaki Yang Gebu dan Lazat
Article Name
Resepi Dorayaki Yang Gebu dan Lazat
Description
Dorayaki terkenal sebagai makanan kegemaran Doraemon, dan menjadi salah satu makanan kegemaran anak-anak. Jadi para ibu bolehlah mencuba sendiri resepi dorayaki ini. Untuk pengetahuan semua, dorayaki adalah kuih tradisional Jepun yang berbentuk bundar, tembam dan terdapat dua lapisan yang diapit oleh kacang merah. Tekstur dorayaki adalah sangat lembut dan mengandungi madu.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: