Apabila terbaca resepi donut pastinya dapat dikaitkan dengan donut dari Big Apple yang paling lembut, gebu dan sedap serta tak payah diperap. Jom tengok resepi di bawah yang mana dohnya juga sesuai untuk pelbagai jenis kuih muih yang memerlukan doh yang lembut. Selamat mencuba resepi donut big apple ini !

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 500g tepung berprotein tinggi atau tepung gandum
  • 1 peket yis segera berat 11gram
  • 50g marjerin/mentega
  • 1 sudu besar (penuh) shortening
  • 2 sudu besar (penuh) gula pasir
  • 2 sudu besar susu pekat atau 2 sudu besar susu tepung
  • 1 biji Telur gred B
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml air suam kuku (bergantung pd kualiti tepung- sini guna 200ml)

Cara-cara penyediaan bahan :

  • Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  • Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan.
  • Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.
  • Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah dengan menggunakan sudu).
  • Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan. Disarankan tak perlu habiskan tepung kalau adunan sudah boleh diuli tanpa melekit.
  • Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa sisa tepung dekat dlm bekas adunan adalah semua bersih). Doh sudah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll, boleh la dibahagi kepada dua bahagian. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk di di bahagian teknik di bawah ulasan resipe ini.
  • Doh yang sudah siap ini tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh jugak tetapi selama 5-10min sahaja) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (lebih kurang anggaran). Boleh tambah sedikit lagi tepung jika adunan agak lembik ketika ini selepas diuli.
  • Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan di dalam kuali.
  • Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Setelah minyak agak panas (jangan terlalu panas, nanti donut gorengan pertama akan hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mengembang lagi ketika digoreng (sebab adunannya mengandungi telur).
  • Goreng sehingga kekuningan dan toskan di atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan bersama gula kaster atau topping kegemaran anda.

Source: https://www.aziekitchen.com/2012/07/resepi-ii-donut-yang-gebu-gebana.html

Summary
Resepi Donut ala Big Apple yang perlu cuba !
Article Name
Resepi Donut ala Big Apple yang perlu cuba !
Description
Apabila terbaca resepi donut pastinya dapat dikaitkan dengan donut dari Big Apple yang paling lembut, gebu dan sedap serta tak payah diperap, spontan jadi tertarik dan hati teruja untuk mencubanya di rumah. Jom tengok resepi di bawah yang mana dohnya juga sesuai untuk pelbagai jenis kuih muih yang memerlukan doh yang lembut. Selamat mencuba.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: