Resepi Dim sum

Dim sum merupakan makanan popular bagi masyarakat Cantonese. Ia nya bersaiz kecil, sama ada dibungkus dengan kepingan beras / tepung nipis atau tidak. Biasanya dihidangkan dikukus dalam bakul buluh. Terdapat Pelbagai jenis dimsum, bergantung kepada isi yang anda inginkan. Disini kami berikan 2 resepi dim sum yang popular dan sedap !

Resepi Dim Sum #1 Sui Mai Ayam

Siu Mai Ayam adalah item dim sum yang popular. Resepi dim sum yang popular ini boleh dibuat di rumah dengan mudah dan penuh dengan kesegaran.

Masa persediaan: 20 minit

Masa masak: 5 minit

Hasil hidangan: 16 orang

Bahan-bahan

  • 0.2 kg – paha ayam tanpa tulang dan tanpa kulit – dicincang
  • 8 udang sederhana – dikupas dan dipotong kecil
  • 2 jamur hitam atau cendawan shiitake segar – direndam dalam air panas dan dipotong kecil
  • 1/2 sudu besar halia segar – dicincang halus
  • 1/2 sudu besar daun bawang bahagian putih sahaja – dicincang halus
  • 1/4 sudu teh minyak bijan
  • 3 biji lada putih
  • 1/2 sudu teh kicap
  • 1/2 sudu tepung jagung
  • 1 secubit garam
  • pembungkus wonton
  • kacang hijau dan tobiko, roe ikan – untuk hiasan

Cara-cara Memasak

  1. Dengan menggunakan pemproses makanan mini, kisarkan ayam tetapi pastikan ia bertekstur kasar. Anda juga boleh memotong dengan pisau. Campurkan ayam dengan semua bahan bersama, ketepikan di dalam peti sejuk selama 20 minit.

2. Letakkan kira-kira satu sudu besar isi-isi pada setiap pembungkus wonton. Lipatkan bahagian sisi dan biarkan bahagian tengah terbuka. Anda boleh memotongkan tepi yang tidak rata dengan sepasang gunting, jika anda suka siu mai ini kelihatan lebih cantik. Hiaskan bahagian atas dengan kacang hijau dan beberapa tobiko. Kukus dalam pengukus buluh selama lebih kurang 5 minit. Hidangkan dengan segera.

Resepi #2 Ladu Udang

Ladu udang atau Har Gow juga adalah dim sum yang popular. Ia dibuat daripada udang dan dibalut dengan pembungkus lutsinar. Resepi dim sum ini juga boleh dibuat sendiri, mudah dan lazat!

Masa persediaan: 30 minit

Masa masak: 10 minit

Hasil hidangan: 4 orang

BAHAN-BAHAN

PENGISIAN UDANG:

  • 0.4 kg udang – dikupas dan dipotong besar
  • 2 sudu besar rebung – dicincang
  • 1/2 sudu teh serbuk bouillon ayam
  • 2 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar wain Shaoxing
  • 2 sudu teh minyak bijan
  • 4 sudu teh tepung jagung
  • 3 sudu teh serbuk lada putih

PEMBALUT LADU:

  • 1 cawan tepung gandum, dan ditambah lebih untuk menguli
  • 2 sudu besar tepung ubi kayu
  • 1 cawan air mendidih
  • 1 sudu besar minyak

CARA MEMASAK

PENGISIAN UDANG:

  1. Campurkan udang bersama dengan bahan-bahan yang lain. Kacaukan sehingga sebati atau sehingga isi-isi menjadi melekit. Sejukkan di dalam peti sejuk.

PEMBALUT LADU:

  1. Campurkan tepung gandum dan tepung ubi kayu di atas permukaan kerja yang bersih, kering dan rata,. Buat telaga di tengah dan masukkan air panas.

2. Masukkan minyak dan uli sehingga anda mendapat adunan yang halus. Anda boleh menaburkan sedikit lagi tepung gandum di permukaan kerja sambil menguli.

3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan bentukkan setiap adunan menjadi silinder, berdiameter sekitar 1 inci. Tutupkan dengan tuala lembap dan biarkan selama 15 minit.

4. Potong silinder menjadi bentuk bulat, dengan masing-masing setebal 1/4 inci. Gulingkan setiap adunan bulat menggunakan pin pengguling untuk membentukkan pembalut ladu bulat. (Anda harus membuat pembalut 1 jam lebih awal. Ingatlah untuk menutupnya dengan tuala yang lembap).

5. Untuk membungkuskan ladu, letakkan 1 sudu teh Pengisian Udang di bahagian tengah pembalut. Lipat ke atas untuk membentukkan bentuk setengah bulan dan mulailah lipatan dan lipat ladu dari satu hujungnya. Secara tradisinya, har gow harus mempunyai sekurang-kurangnya tujuh lipatan pada setiap ladu tetapi sebaiknya mereka mempunyai sepuluh atau lebih lipatan.

6. Tekan dan tutup rapat dengan mencubit dengan jari anda. Anda juga boleh menggunakan sedikit air untuk menutup ladu. Ulangi langkah di atas sehingga semua ladu dibungkus.

7. Untuk mengukus ladu, alaskan pengukus buluh atau pengukus biasa dengan kertas perkamen. Letakkan ladu di atas pengukus yang telah dialaskan dan kukus selama 8 minit.

Sumber:

https://rasamalaysia.com/recipe-chicken-shu-mai-siu-mai/

https://rasamalaysia.com/shrimp-dumplings-har-gow/

Summary
Resipi Dim Sum Yang Sedap Dan Mudah
Article Name
Resipi Dim Sum Yang Sedap Dan Mudah
Description
Siu Mai Ayam adalah item dim sum yang popular. Resipi dim sum yang popular ini boleh dibuat di rumah dengan mudah dan penuh dengan kesegaran.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: