resepi daging masak hitam

Salah satu resepi daging yang menjadi pilihan untuk masakan harian dan di waktu kenduri adalah resepi daging masak hitam. Bukan sahaja untuk dibuat lauk dengan pelbagai jenin nasi malah hidangan ini sangat sesuai untuk dimakan bersama pulut kuning, lemang dan juga ketupat palas.

Untuk pilihan daging yang ada, anda boleh juga menggunakan sama ada daging lembu segar, yang sejuk beku dan juga daging kerbau sejuk beku yang mudah didapati di pasaran sekarang.  

Untuk resepi daging kali ini, terdapat dua pilihan resepi daging masak hitam untuk masakan harian dan juga untuk ala kenduri kecil-kecilan yang menggunakan 5 kilogram daging. Selamt mencuba di rumah sekalian !

Petua-petua untuk membuat daging masak hitam yang lebih sedap dan menyelerakan :

  • Jika anda menggunakan daging segar iaitu daging lembu tempatan, tidak perlu untuk merebus daging dahulu tetapi jikalau menggunakan daging kotak sama ada daging kerbau atau daging lembu yang diimport, perlu pastikan direbus terlebih dahulu sehingga daging anggaran 80-90% lembut.
  • Salah satu cara untuk memastikan daging cepat empuk, perlulah memasukkan garpu ketika merebus atau mereneh daging. Atau, salah satu cara lagi ialah dengan memasukkan biji kurma.
  • Hanya menggunakan air yang seminima mungkin ketika mengisar bawang supaya hasil tumisan daging hitam tidak terlalu berair sebab daging itu akan mengeluarkan air ketika mereneh.
  • Jangan terlalu awal memasukkan perasa garam atau gula. Ia disebabkan daging masak hitam ini menggunakan teknik mereneh sedikit, maka, perasa garam atau gula akan dimasukkan akhir sekali untuk mengelakkan ia terlebih.

Resepi Pertama Daging Masak Hitam

Resipe versi pertama terdapat buah keras dalam hidangan yang berfungsi untuk membuatkan rasa masakan daging hitam menjadi lebih berlemak.

Bahan resepi daging masak hitam :

  • 1 kilogram daging yang dipotong saiz rendang lalu dibasuh dengan tepung gandum
  • Sedikit minyak masak untuk menumis

Bahan yang dikisar :

  • 5 – 10 batang serai bersaiz sederhana
  • 15 tangkai cili kering yang boleh ditambah jika suka lagi pedas
  • 4 inci halia muda
  • 5 – 6 biji bawang besar /bawang besar kuning bersaiz sederhana
  • 5 biji buah keras untuk rasa yang lebih berlemak
  • 1 labu bawang putih

Bahan perasa :

  • 1/2 botol kecil kicap pekat
  • 2 sudu besar gula
  • 5 sudu besar gula merah
  • 3 sudu besar asam jawa yang diramas dengan sedikit ari
  • Sedikit garam
  • Bawang besar yang dimayang

Cara penyediaan daging masak hitam :

  • Mula-mula sediakan bahan kisar yang diperlukan. Panaskan minyak untuk menumis dan kemudian masukkan bahan kisar dan tumis sehingga mula pecah minyak dengan menggunakan api yang sederhana.
  • Masukkan daging yang dipotong dan ditos tadi. Biarkan ia masak sehingga daging lembut dan pecah minyak sekitar 30minit untuk daging segar manakala jika guna daging sejuk beku dalam anggaran 40-45 minit. Disarankan untuk merujuk petua untuk melembutkan daging di atas.
  • Bila daging sudah lembut dan empuk, masukkan air asam jawa, gula, gula merah serta garam sedikit dahulu disebabkan hendak masak sampai kuah pekat bersalut dahulu. Jika suka, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. Kemudian, sedia untuk dihidangkan.

Resepi Kedua Daging Masak Hitam

Untuk resipi versi kedua ini sesuai untuk anda yang ingin membuat kenduri ala kecil-kecilan di rumah. Menu daging masak hitam ini sesuai untuk dimakan dengan nasi tomato, nasi hujan panas malah nasi minyak. Resepi ini untuk daging sebanyak 5-6 kilogram dan gandakan bahan jika anda mahu menggunakan lebih banyak daging.

Bahan-bahan resepi daging masak hitam ala kenduri :

  • 5 kilogram daging yang dipotong saiz rendang dan dibersihkan
  • 2 kilogram bawang besar / bawang holland yang dikisar kemudian tapis ( air bawang boleh disimpan untuk dibancuh rempah dan dikisar cili)
  • 200 gram rempah kari daging
  • 2 cawan cili dimesin
  • 2 sudu besar penuh lada hitam
  • 3 cawan kicap lemak manis
  • 1/2 cawan gula merah

Bahan tumis daging masak hitam :

  • 1 kilogram bawang besar ungu yang dihiris nipis
  • 3 labu bawang putih yang dihiris nipis
  • 3 inci halia yang dimayang halus
  • 4 serangkai kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
  • 5 tangkai daun kari

Cara penyediaan resepi daging masak hitam ala kenduri :

1. Panaskan minyak dan tumiskan 4 serangkai kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga naik bau.

2. Kenudian, masukkan daun kari, bawang putih, bawang besar dan halia dan tumis sehingga ia layu dan kuning.

3. Masukkan bawang yang dimesin dan tumis sehingga bawang nampak layu dalam anggaran 5-10 minit.

4. Masukkan cili kisar dan dibiarkan sekejap dalam anggaran 5 minit sambil mengacau ia agar tidak melekit atau hangus di lapisan bawah kuali.

5. Masukkan rempah, lada hitam dan gula merah lalu masak sehingga ia pecah minyak. Apabila kelihatan pecah minyak dan berbau wangi, boleh masukkan daging yang diperap awal tadi.

6. Apabila, daging sudah bertukar warna, boleh masukkan kicap dan sedikit air dalam anggaran 1.5 – 2 cawan sebab daging juga akan mengeluarkan airnya nanti.

7. Biarkan masakan di dalam kuali sampai daging menjadi empuk dan kuah menjadi pekat. Baru ia siap untuk dihidangkan. Memang melengkapkan dan mudah untuk membuat daging masak hitam untuk hidanagn harian atau kenduri kendara.

Sumber: https://daridapur.com/resepi-daging-masak-hitam/

Summary
Resepi Daging Masak Hitam yang harus boleh dilakukan dirumah !
Article Name
Resepi Daging Masak Hitam yang harus boleh dilakukan dirumah !
Description
Salah satu resepi daging yang menjadi pilihan untuk masakan harian dan di waktu kenduri adalah resepi daging masak hitam. Bukan sahaja untuk dibuat lauk dengan pelbagai jenin nasi malah hidangan ini sangat sesuai untuk dimakan bersama pulut kuning, lemang dan juga ketupat palas. Untuk pilihan daging yang ada, anda boleh juga menggunakan sama ada daging lembu segar, yang sejuk beku dan juga daging kerbau sejuk beku yang mudah didapati di pasaran sekarang. Untuk resepi daging kali ini, terdapat dua pilihan resepi daging masak hitam untuk masakan harian dan juga untuk ala kenduri kecil-kecilan yang menggunakan 5 kilogram daging. Selamt mencuba di rumah sekalian !
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: