daging goreng kunyit

Resepi kali ini merupakan kegemaran ramai rakyat Malaysia. Sesiapa sahaja pasti akan menyukainya. Bagi mereka yang kesuntukan masa untuk memasak, hidangan daging goreng kunyit ini sangat sesuai disajikan untuk makan tengah hari atau malam kerana ia sangat simple dan mudah !

Tips Memilih Daging

  • Warna daging

Daging lembu yang segar mempunyai warna merah terang; semakin terang warna merah, semakin segar daging lembu, melainkan jika ia telah dirawat dengan karbon monoksida untuk mengekalkan warnanya.

Sekiranya daging mempunyai warna merah yang tidak natural, kemungkinan daging lembu tersebut telah menjalani rawatan karbon-monoksida. Sebaliknya, warna merah kecoklatan pula tidak bermaksud dagingnya tidak segar. Ini salah satu tanda bahawa ia telah terkena oksigen selama 30 minit atau telah dibekukan.

  • Sentuh daging tersebut

Setelah melihat warnanya, anda juga harus memastikan kualiti danging dengan cara memegang/cucuk daging tersebut. Cara ini sangat berguna untuk mengetahui tekstur daging tersebut.

Pilih daging yang mempunyai tekstur yang pejal. Anda boleh cuba menekan beberapa bahagian tersebut, jika daging kembali ke posisi semula setelah ditekan maksudnya daging tersebut masih segar dan baru. Manakala daging yang tidak segar, akan berasa lembik dan tidak akan kembali ke bentuk asal setelah ditekan

  • Lemak Daging

Daging yang memounyai banyak bintik putih dan lemak yang meliputi ke seluruh otot, lebih enak dan lembut. Lemak ini disebut sebagai marbling, semakin halus marbling, lsemakin sedap daging itu. Daging Wagyu antara yang digemari ramai kerana marbling nya dan terkenal dengan rasa dan kelembutannya. Daging jenis ini juga lebih mahal.

Resepi Daging Goreng Kunyit

Bahan-bahan

  • 500 g daging lembu
  • Air secukupnya
  • 1 sudu besar maggi Cukup rasa
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 batang Serai, hancur
  • 50 g Kacang panjang, potong 3 cm
  • 50 g Carrot, dihiris
  • 1 Bawang kuning, dihiris kasar
  • 1 cili hijau, dihiris miring
  • 1 cili merah, dihiris miring

Cara Memasak

  • Rebus daging lembu hingga lembut dan dihiris nipis.
  • Campurkan daging lembu dengan 1/2 sudu perasa Maggi Cukup Rasa.
  • Panaskan minyak masak dalam kuali dan goreng daging lembu hingga garing.
  • Masukkan serai, kacang panjang dan lobak merah dan tumis hingga separuh masak.
  • Tambahkan dengan 1/2 sudu besar perasa Maggi Cukup Rasa.
  • Masukkan cili hijau bawang merah dan cili merah. Goreng hingga garing dan masak sepenuhnya.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Hidangan daging goreng kunyit ini boleh dikongsi bersama keluarga anda. Semoga bermanfaat!

RUJUKAN

https://www.ajinomoto.com.my/recipes/turmeric-stir-fried-beef

https://oureverydaylife.com/how-to-choose-fresh-meat-12136599.html

https://www.cookist.com/10-things-to-look-out-for-when-buying-meat-and-how-to-buy-the-best-quality

Tagged: