daging dendeng

Orang Minangkabau dari Indonesia adalah orang yang dikatakan telah memperkenalkan rendang daging dendeng. Masakan ini dikatakan unik dan tahan lama kerana tidak menggunakan santan selain dimasak kering. Resepi ini sangat mudah untuk dijadikan rujukan bagi sesiapa yang ingin mencuba hidangan rendang dendeng ini.

Pada hantaran kali ini, kami akan kongsikan resepi daging dendeng yang cukup sedap dan mudah untuk anda buat sendiri di rumah. Bolehlah makan bersama keluarga atau dihidangkan kepada tetamu yang datang. Jangan risau, anak-anak anda juga pasti akan sukakannya.

Jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan:

  • 2kg daging
  • 15 batang serai
  • 25 biji cili kering
  • 5 biji bawang besar
  • 2 labu bawang putih
  • 3 inci halia
  • 1 cawan air asam jawa
  • 2 senduk kicap manis
  • 1 paket kecil bawang goreng
  • 2 cawan minyak
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Potong daging dan rebus hingga lembut. Angkat dan toskan. Ketepikan hingga sejuk.
  2. Masukkan garam kunyit pada daging setelah daging sejuk. Kemudian, goreng daging hingga garing, angkat, dan ketepikan.
  3. Ketuk 5 batang serai, goreng sampai garing, angkat, dan ketepikan dahulu.
  4. Kisar bawang besar, bawang putih, baki serai, dan juga halia bersama dengan minyak masak.
  5. Setelah siap kisar, terus tuangkan ke dalam kuali dan masak sehingga garing.
  6. Kemudian, masukkan pula cili kering yang telah dihancurkan dan serai yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan masak bersama-sama dengan bahan kisar sampai pecah minyak.
  7. Tambahkan air asam jawa, kicap, gula, dan garam. Masak lagi sehingga pecah minyak.
  8. Masukkan daging yang telah digoreng dan bawang goreng ke dalam kuali. Kacau rata dan masak sampai kuah kelihatan kering dan agak pekat.
  9. Setelah siap, tutp api dan hidangkan.

Berdasarkan resepi yang dikongsikan, hidangan rendang daging dendeng ini mudah sahaja untuk dimasak dan bahan-bahan masakan pun mudah untuk diperoleh.

Oleh itu, sesiapa sahaja di rumah boleh memasak hidangan ini menggunakan air tangan masing-masing. Pastinya hidangan daging dendeng yang dimasak sendiri lebih sedap dan bersih untuk dimakan bersama ahli keluarga tersayang. Selamat mencuba!

Sumber:

https://cookpad.com/my/recipes

Tagged: