Resepi cucur udang

Cucur udang, pada asasnya adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak masak. Kemudian, cucur udang mendapat nama kerana bahan perisa tambahan yang dicampurkan bersama tepung gandum tersebut iaitu udang kering atau udang segar.

Ia turut dikenali sebagai jemput-jemput kerana saiznya yang bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini adunannya disauk dengan menggunakan ukuran sudu.


Cucur udang sering dimakan dengan kuah lada, kuah kacang atau dimasak bersama rojak, mi goreng mamak atau pasembur.

Cucur udang memang sesuai dibuat untuk minum petang. Ia adalah sungguh sedap dicicah dengan kuah-kuah kegemaran anda.

Rupanya yang bulat dan leper dengan tekstur cucur udang yang gebu dan ranggup kulit luarnya macam di beli di gerai makan.


Masakan cucur adalah paling mudah dan ringkas kerana bahan-bahannya mudah didapat dan menyediakannya pula tidaklah memakan masa.

Paling sesuai untuk anda-anda yang sibuk dan tidak punya banyak masa untuk memasak.
Terdapat pelbagai jenis cucur dan kesemua jenis itu akan memudahkan anda memilih idea untuk masak cucur.

Adunan cucur mengikut cita rasa kegemarannya seperti contoh-contoh di bawah untuk jenis-jenis cucur yang boleh di buat di rumah anda sekalian, seperti :


• Cucur jenis jagung
Cucur Badak
• Cucur Ikan Bilis Stick
• Cucur Udang
• Cucur Balak
• Cucur Kembung Susu
• Cucur Telur
• Cucur Nasi Stick
• Cucur Jawa
• Cucur Topi Kelantan
• Cucur Ayam
• Cucur Bawang Bilis
• Cucur Manis Versi Stick Viral!
• Cucur Sosej Kentang
• Cucur Kentang
• Cucur Kicap
• Cucur Labu
• Cucur Durian
• Cucur Sayur
• Cucur Sosej dan Isi Ketam
• Cucur Jagung Udang
• Cucur Roti Berlauk
• Cucur Sardin
• Cucur Maggi
• Cucur Tofu Lembut Berlauk

Tetapi hari ini, kami ingin berkongsi dengan anda resepi cucur udang yang paling rangup dan sedap yang viral di laman sosial. Mungkin anda boleh cuba resipi mudah ini sendiri.

Selamat mencuba!

Bahan-bahan :

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh instant yis
  • 2 cawan air suam panas
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh garam halus
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Segenggam taugeh
  • 10 helai daun kucai di potong memanjang
  • 1 biji lobak merah yang disagat halus
  • 1 biji cili merah di hiris nipis
  • 1 cawan udang yang dicuci bersih

Cara-cara penyediaan :

  1. Ayakkan tepung dan campur semua bahan dan gaul sebati. Adunan perlu diperap selama 30 minit untuk adunan berehat.
  2. Panaskan senduk yang hendak digunakan di dalam minyak yang panas di kuali.
  3. Letakkan adunan dalam senduk dan letak udang seekor di atasnya. Biar di dalam minyak panas sehingga adunan tadi tidak melekat di atas senduk. Goreng hingga garing dan toskan minyak.
  4. Sedia dihidangkan apabila warna digoreng kelihatan kekuning-kuningan.
  5. Sesuai di padanakn dengan sos cucur udang buatan rumah sendiri seperti resepi di bawah.

Bahan-bahan untuk sos cucur udang :

Cara-cara penyediaan :

  1. Kisar semua bahan yang telah dinyatakan diatas dengan mesin pengisar elektrik dan masakkan bahan sehingga mendidih di atas kuali.
  2. Bancuh tepung jagung dengan air mengikut kepekatan yang anda suka.
  3. Kacau hingga sebati dan boleh dihidangkan. 

Jangan lupa cuba dan nikmati sebagai makanan ringan untuk minum petang di rumah anda. Pasti akan memikat selera sesiapa saja yang menikmatinya. Selamat mencuba ya!

Source:  

https://dewimalaysia.com/resepi-cucur-udang-rangup-sedap-sos-cucur-mudah/

Tagged: