resipi cornflakes madu sihat
Hiasan yang diperlukan juga mudah, iaitu hanya dengan menggunakan ceri, sprinkles atau kekacang.

Untuk menyediakan Cornflakes Madu, anda hanya memerlukan tiga bahan utama iaitu cornflakes, madu dan mentega. Hiasan yang diperlukan juga mudah, iaitu hanya dengan menggunakan ceri, sprinkles atau kekacang. Cornflakes Madu merupakan salah satu kuih raya yang terkenal di Malaysia dan Singapura sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri.  

Versi sihat Cornflakes Madu menggunakan minyak kelapa menggantikan mentega manakala madu pula digantikan dengan sirap agave. Kuantiti kedua-dua ramuan ini tidak perlu diselaraskan, ikut sahaja resepi biasa Cornflakes Madu.

Gunakan suhu yang sederhana

Apabila mencairkan mentega dan memanaskan madu, gunakan api sederhana. Jangan gunakan suhu yang tinggi kerana ia boleh membakar kedua-duanya dengan cepat sehingga memberikan rasa hangit.

Cara menghias Cornflakes Madu

Setelah siap, Cornflakes Madu boleh dihias dengan ceri, kekacang atau ‘sprinkles’. Sebagai alternatif, anda juga boleh menuang coklat cair di atasnya. Bahan hiasan tidak terhad, ia tepulang kepada anda ingin menggunakan apa sahaja untuk membuatkannya kelihatan menarik. Ikutlah kreativiti anda.

Jangka hayat penyimpanan Cornflakes Madu

Kuih raya ini boleh disimpan dalam bekas kedap udara selama kira-kira 2 minggu. Sekiranya anda tinggal di kawasan yang mempunyai kelembapan tinggi (Malaysia dan Singapura), anda disyorkan menyimpannya di dalam peti sejuk.

Cornflakes Madu merupakan sejenis kuih raya yang sangat mudah disediakan. Anak anda juga boleh turut serta membantu anda dalam proses pembuatannya. Membuat kuih raya boleh dianggap sebagai tugas yang sukar oleh segelintir individu, terutamanya ketika musim perayaan, jadi, resipi semudah ini boleh membantu anda!

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar minyak kelapa
  • 1 sudu besar gula melaka
  • 2 sudu besar sirap agave
  • 4 cawan cornflakes
  • 1 cawan kelapa parut
  • 1 cawan kismis

Cara penyediaan:

  1. Panaskan ketuhar sehingga 150 darjah.
  2. Campurkan cornflakes, kelapa parut dan kismis yang dicincang dalam mangkuk.
  3. Panaskan gula dalam periuk kecil, sirap agave dan minyak kelapa sehingga berbuih.
  4. Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam mangkuk yang mengandungi bahan-bahan kering (cornflakes, kelapa parut dan kismis).
  5. Campurkan dengan sebati.
  6. Senduk adunan ke dalam kertas cupcake kecil, pastikan anda memasukkan beberapa kismis dalam setiap satu (kerana kismis mungkin jatuh ke bahagian bawah adunan).
  7. Bakar selama 10 minit di dalam ketuhar.
  8. Biarkan sejuk sebelum makan. (Sesetengah kismis boleh mengembang ketika di dalam ketuhar, tetapi ia akan mengecut semula apabila sudah sejuk).

Sumber Gambar:

https://zuenakrasa.files.wordpress.com/2012/11/img_0534.jpg

Summary
recipe image
Recipe Name
Resipi Cornflakes Madu Sihat
Published On
Tagged: