Now Reading
Resepi Cheesekut Sedap, Cepat Dan Mudah

Resepi Cheesekut Sedap, Cepat Dan Mudah

Resepi Cheesekut

Resepi Cheesekut sebenarnya tidak memerlukan kos yang besar. Tekstur cheesekut yang lembut sesuai dihidangkan kepada sesiapa sahaja.

Cheesekut merupakan makanan pencuci mulut hasil daripada gabungan bahan yang menarik sehingga memberikan rasa yang manis, lemak, dan masin keju. Mari kita belajar teknik membuat cheesekut.

Resepi Cheesekut Original

Bahan-Bahan: –

  • 500 gram cream cheese
  • Biskut lemak ataupun cream cracker
  • 1 tin susu pekat
  • 1/2 cawan susu full cream
  • Topping (oreo/nestum)

Cara-Cara: –

  1. Satukan susu pekat dan cream cheese di dalam bekas.
  2. Kemudian, sebatikan susu pekat dan krim cheese menggunakan mixer/whisk sehingga menjadi sebati.
  3. Setelah sebati, masukkan 1/2 cawan susu full cream ke dalam bekas adunan dan masukkan sedikit kemudian putar dan ulang sampai adunan menjadi tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
  4. Sediakan bekas untuk celup biskut.
  5. Tuang susu full cream ke dalam bekas yang senang untuk dicelup dan angkat biskut. Pastikan bekas tidak terlalu kecil.
  6. Celup biskut ke dalam susu supaya semua permukaan biskut basah dan terus angkat. Anda tidak boleh membiarkan biskut dicelup terlalu lama di dalam susu kerana biskut akan lembik dan mudah hancur.
  7. Susun biskut yang telah dicelup tadi di dalam bekas.
  8. Setelah biskut disusun dengan cantik dan kemas, anda boleh mencurahkan cream cheese yang sudah diputar ke dalam bekas cheesekut dengan merata sehingga biskut nampak tenggelam.
  9. Terakhir sekali, anda boleh meletakkan topping cheesekut iaitu nestum ataupun oreo mengikut selera masing-masing.
  10. Ulang langkah yang 6 sehingga cheesekut anda memenuhi bekas dan terpulang kepada anda ingin membuat berapa lapisan cheesekut yang anda inginkan.
  11.  Setelah selesai, masukkan cheesekut yang telah siap ke dalam peti sejuk. Ia akan lebih sedap dimakan ketika sejuk.

Resepi Pandan Cheesekut Cheesedale

Bahan-Bahan: –

  • 10 keping keju Cheesedale
  • 1/2 tin susu cair
  • 5 sudu besar plain yogurt
  • 1/2 tin susu pekat manis (tak suka manis boleh adjust)
  • 1/2 sudu kecil perisa pandan
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
  • 1 cawan susu full cream
  • 10-15 keping cream crackers
  • 1 cawan nestum

Cara-Cara: –

  1. Masukkan cheesedale, susu cair, dan yogurt ke dalam periuk dan kacau sehingga sebati.
  2. Setelah cheese menjadi cair, masukkan susu cair. Setelah itu, kacau bahan shingga mengeluarkan asap tetapi tidak sehingga mendidih dan tutup api. Sejukkan bahan tersebut dalam masa 3 sehingga 4 jam.
  3. Masukkan perasa pandan dan sedikit pewarna makanan bewarna hijau kemudian kacau sehingga sebati.
  4. Celupkan biskut ke dalam susu selama beberapa saat kemudian susun di dalam bekas yang sesuai. Ratakan cream cheese pandan yang telah disiapkan tadi.
  5. Taburkan nestum di atas cheesekut.
  6. Ulang langkah ke 4-5, sehingga menjadi beberapa lapisan dan akhir sekali ratakan nestum.
  7. Sejukkan cheesekut di dalam peti sejuk selama 4-5 jam dan setelah itu cheesekut sedia untuk dihidangkan.

Resepi Cheesekut Butter Crackers

Bahan-Bahan: –

  • 250 gram cream cheese
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/4 cawan susu segar
  • 200 gram julie’s butter crackers
  • 1 cawan susu segar
  • 4 sudu makan milo

Cara-Cara: –

  1. Satukan cream cheese, susu pekat dan susu segar di dalam satu bekas kemudian putar sehingga kembang.
  2. Celupkan biskut ke dalam susu segar selama beberapa saat dan susun ke dalam bekas.
  3. Lapiskan lapisan biskut dengan bancuhan cream cheese yang telah disebatikan tadi dan taburkan milo di atas lapisan tersebut.
  4. Akhir sekali, taburkan sekeping biskut yang dihancurkan dan milo secukupnya.
  5. Sejukkan cheesekut di dalam peti sejuk dan boleh dihidangkan setelah sejuk.

Diharap resepi kali ini dapat membantu kalian yang sedang buntu tidak tahu idea manisan apa yang boleh disediakan buat tetamu.

Selamat mencuba!

SUMBER

https://saji.my

www.resepikualimama.net

Resipi CheeseKut Butter Crackers oleh LATIPAH NAWAWI – Cookpad

error: Content is protected !!