cendol

Cendol merupakan hidangan istimewa yang dikategorikan sebagai minuman dengan isi yang sangat unik. Oleh itu, banyak resepi cendol yang terdapat di Malaysia.

Ramai orang Malaysia yang ingin mengikut kehebatan penjual cendol tradisional atau yang telah diubahsuai. Lazimnya, ramuan asas cendol tradisional terdiri daripada santan, jeli hijau (pewarna pandan), pulut, ais dan gula melaka.

Di samping itu, cendol juga boleh ditambah dengan bahan lain seperti kacang merah, pulut, jeli hitam dan jagung. Penambahan bahan-bahan cendol bergantung kepada penjamunya. Untuk membuat cendol, bahan utama iaitu jeli hijau mesti dibuat daripada tepung beras yang dicampur dengan air masak dan kapur sirih. Untuk menjadikan ia lebih pekat, air masak dan kapur sirih yang telah dicampur itu perlu dimasak dan dikacau sehingga cair.

Jeli ini boleh diwarnakan dengan warna hijau iaitu daripada air pandan. Tetapi ia boleh juga diwarnakan mengikut warna kesukaan masing-masing pada zaman sekarang. Untuk cendol tradisional, ia lazimnya berwarna hijau.

Bahan-bahan

  • Tepung jagung 1 cawan
  • Tepung beras 1/2 cawan
  • Tepung ubi 1/4 cawan
  • Air daun pandan 5 cawan
  • Air kapur 1 sudu (bancuh dengan air)

Bahan untuk air gula merah

  • Gula merah 250g
  • Gula pasir 100g
  • Daun pandan 1 helai (disimpul)
  • Air 250ml

Bahan untuk santan

  • Santan 1 kotak kecil
  • Air masak 1 cawan
  • Garam secubit.

Cara penyediaan:

  1. Daun pandan dikisar dengan air. Selepas itu, tapiskan air daun pandan.
  2. Sediakan satu periuk bersih. Masukkan semua bahan untuk cendol ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana. Untuk mengelakkan cendol daripada hangus, pastikan selalu dikacau.
  3. Sediakan air sejuk dalam mangkuk besar. Cendol yang sudah dimasak tadi perlu dipaipkan ke dalam air sejuk tersebut.
  4. Untuk membuat air gula, masukkan semua bahan untuk air gula dan masak dengan api sederhana sehingga menjadi agak pekat.
  5. Untuk membuat air santan, sediakan semua bahan dan masukkan semua bahan ke dalam periuk yang bersih dan kacau semua.
  6. Sediakan ais, dan cendol sedia untuk dihidang.

Tips dan nota:

  1. Jangan masak adunan terlalu cepat. Anda perlu masak adunan sehingga ia berkilat.
  2. Jika anda perlukan adunan cendol yang lebih terang warnanya, anda boleh letak lebih banyak daun pandan.

Sumber:

https://www.seminitresepi.com

https://www.siftandsimmer.com/cendol/

https://www.nyonyacooking.com/recipes/cendol~Hk9mOPoDGcWQ

Summary
Resepi Cendol Yang Senang dan Mudah
Article Name
Resepi Cendol Yang Senang dan Mudah
Description
Lazimnya, ramuan asas cendol tradisional terdiri daripada santan, jeli hijau (pewarna pandan), pulut, ais dan gula melaka.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: