bubur lambuk
Bubur lambuk boleh dikatakan adalah antara hidangan yang sangat digemari ketika bulan Ramadhan. Biasanya, ia akan disediakan di masjid atau surau sebelum diagihkan pada orang ramai. Tapi, anda juga boleh mendapatkan ia di gerai bazaar Ramadhan tertentu.

Bubur lambuk boleh dikatakan adalah antara hidangan yang sangat digemari ketika bulan Ramadhan. Biasanya, ia akan disediakan di masjid atau surau sebelum diagihkan pada orang ramai. Tapi, anda juga boleh mendapatkan ia di gerai bazaar Ramadhan tertentu.

Namun, bagaimana pula jika anda teringin untuk menikmatinya ketika di luar bulan Ramadhan? Jawapannya mudah, sediakan sahaja di rumah anda.

Tapi, satu perubahan dalam resepi ini adalah kita tidak mengikut resepi biasa, tapi ini adalah versi sihat yang menggunakan bahan istimewa iaitu oat sebagai asas bubur anda. Ini adalah resepi yang diambil daripada Facebook ZulHusna iaitu jurulatih kesihatan yang bertauliah.

Jom lihat cara penyediaannya di bawah.

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan rolled oat (kisar sedikit)
  • Beras perang (pilihan)
  • 1 sudu halba
  • 1/2 inci halia (diketuk)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 bawang besar
  • 1/2 cawan vsoy multigrain
  • Sedikit ayam (bahagian dada)
  • 1/2 lobak merah
  • Sedikit daun sup dan daun bawang
  • Sedikit lada hitam
  • 3 serangkai (kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
  • Sedikit garam
  • 1 helai pandan (disimpulkan)
  • Sedikit air

Cara penyediaan:

  1. Kisar oat sehingga mendapat konsistensi yang anda mahukan. Jangan kisar terlalu lama agar ia tidak menjadi terlalu hancur.
  2. Kemudian, masukkan oat tersebut ke dalam periuk bersama sedikit air.
  3. Rebus oat sehingga menjadi lembut.
  4. Apabila sudah lembut, masukkan 3 serangkai, bawang putih, bawang besar, serai, halba, lada hitam dan daun pandan ke dalam periuk.
  5. Pastikan anda menambahkan air secara berkala agar bahagian bawah tidak hangit dan ia masak dengan sekata.
  6. Apabila semua bahan hampir masak, masukkan vsoy bersama garam, daun bawang dan daun sup.
  7. Jika anda menyukai rasa yang lebih sedap, tambahkan sedikit beras perang pada awalnya.
  8. Sebagai hiasan, letakkan sedikit cili di atasnya.
  9. Bubur lambuk anda versi siap dihidangkan panas-panas!

Selamat mencuba!

Kenwood Blender

RM149.00

Motor 400W sesuai untuk kegunaan harian dengan fungsi 2 kelajuan dan pulse bagi mengikut kesesuaian. Pengisar Kenwood juga sesuai untuk mengisar kacang dan rempah. Mempunyai unit pisau keluli tahan karat yang boleh ditanggalkan bagi memudahkan pembersihan dan hasil yang baik.

Kuasa motor luarbiasanya memberikan hasil yang baik namun bahagian terbaiknya adalah terletak pada kelajuan yang boleh ditingkatkan perlahan-lahan untuk memastikan poket udaranya tidak mengangkat bahan-bahan ke atas dan seterusnya tidak sampai pada pisau pengisar.

Mortar And Pestle

RM48.00

Batu lesung yang Ideal untuk menumbuk rempah, perasa, bawang putih, herba dan lain-lain. Saiz yang padat menjadikannya mudah alih dan beratnya yang ringan namun dapat tahan dengan lama,

Letakkan ramuan, rempah, atau barang kering lain ke dalam mangkuk dan tahan dengan satu tangan dan satu lagi memegang alat penumbuk. Dengan menekan alat penumbuk ke dalam mortar, dan menggerakkannya ke belakang dan sebagainya, anda boleh mengisar dan menggabungkan herba atau barangan lain. Ini adalah alat yang sesuai untuk digunakan jika anda menggunakan herba kering yang mungkin terdapat dalam kepingan besar. Ia juga berfungsi dengan baik dengan herba segar , kerana gerakan penggilingan alfa akan membantu mengeluarkan minyak pati dari daun.

ELBA Rice Cooker

RM86.90

Mempunyai satu butang untuk mengawal memasak atau menghangatkan makanan, mudah digunakan dan selamat untuk semua peringkat umur. Rice cooker ini boleh dibawa bersama ketika melancong kerana saiz nya yang compact dan mudah dibawa kemana-mana sahaja. Periuk dalamannya yang mudah dipisahkan dan permukaan periuknya yang anti-lekat menjadikan tugas mencuci lebih mudah dan lebih cepat. Pengguna juga boleh menetapkan suhu untuk memasak nasi..

SUMBER

https://www.facebook.com/zulhusnacoach/posts/resepi-diet-sihat-bubur-lambuk-oat-bahan2nya-rolled-oat-12-1cawannk-kisar-sediki/423123711861023/

Summary
recipe image
Recipe Name
Resepi Bubur Lambuk, hidangan popular terutama di bulan Ramadhan!
Published On
Tagged: