Now Reading
Resepi Bubur Jagung Sagu yang Lemak Berkrim

Resepi Bubur Jagung Sagu yang Lemak Berkrim

bubur jagung

Bubur jagung merupakan hidangan minuman petang yang sangat popular. Manakan tidak, rasanya yang lemak manis mencairkan semua. Malah hidangan ini sangat mudah dibuat dan sangat membantu para ibu yang sibuk tetapi masih ingin menyediakan hidangan minum petang untuk keluarga tersayang.

Namun, ada beberapa tips yang boleh menjadikan resepi ini lebih lazat lagi. Oleh itu, ayuh kita lihat resepi bubur jagung yang lemak berkrim ini.

Bahan bahan untuk membuat bubur jagung sagu:

  • 3 batang jagung
  • 1/2 cawan gula
  • 1 keping gula melaka
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cawan santan segar
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan sagu.
  • Air secukupnya
  • 2 helai daun pandan

Cara penyediaan bubur jagung sagu:

  1. Basuh jagung sehingga bersih dan hiris isi jagung. Pastikan hirisan jagung itu tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
  2. Rebus sagu sehingga masak dan buangkan lendirnya.
  3. Kemudian, masak hirisan jagung bersama gula, air dan daun pandan yang disimpul.
  4. Masak sehingga lembut di atas api.
  5. Masukkan sagu tadi ke dalam periuk berisi jagung.
  6. Rebus jagung sehingga empuk.
  7. Apabila jagung sudah empuk, masukkan santan segar dan kacau sehingga rata.
  8. Selepas itu, masukkan juga gula melaka, garam dan susu cair.
  9. Sedia untuk dihidang.

Tips:

  • Gunakan santan segar berbanding santan kotak kerana rasanya lebih enak.
  • Pilih jagung yang segar dan manis.
  • Kacau bubur di atas api yang perlahan supaya tidak berketul.

Mudah bukan? Lepas ni, tak perlu lagi bersusah susah fikir resepi untuk hidangan petang. Buat sahaja hidangan ini pasti keluarga anda akan gembira.

Sumber:

https://www.aziekitchen.com/2019/08/bubur-jagung-mudah-dan-sedap.html

See Also
sotong goreng tepung

https://resepichenom.com/resepi/bubur-jagung/show

https://selangor.bazaar-rakyat.com/shop/makanan-minuman/bubur-jagung-sagu/

error: Content is protected !!