Now Reading
Resepi Bubur Candil Yang Harus Anda Cuba

Resepi Bubur Candil Yang Harus Anda Cuba

bubur candil

Bubur candil juga dikenali sebagai bubur tepung pulut yang mempunyai bebola warna-warni yang diperbuat daripada tepung pulut. Rasa bubur cendil sangat sedap dan berlemak, ia adalah sebuah hidangan yang digemari ramai dan sesuai dimakan bersama keluarga.

3 Resepi Bubur Candil

Resepi 1

Bahan-bahan bebola

Bahan-bahan kuah:

  • Santan 2 cawan
  • Air 2 cawan
  • Gula melaka 1/2 cawan
  • Gula 3 sudu besar
  • Secubit garam
  • Daun pandan-di simpul 2 helai

Langkah-langkah Penyediaan

  1. Gaulkan sebati bahan-bahan bebola sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh digentel.
  2. Bahagikan kepada 3 bahagian dan campurkan pewarna berbeza.
  3. Bulatkan doh sehingga menjadi bebola, kemudian leperkan dengan menekannya dengan ibu jari.
  4. Didihkan air kemudian masukkan bebola. Angkat apabila bebola timbul.
  5. Masak kuah dengan memasukkan semua bahan-bahan kuah sehingga mendidih, kemudian masukkan bebola.
  6. Kacau seketika kemudian siap!

Resepi 2

Bahan – Bahan

  • Tepung pulut 3 cawan
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam
  • Santan
  • Biji sagu yang telah dimasak 1 cawan
  • Gula melaka 1 ketul
  • Gula pasir
  • Susu pekat 1 sudu besar

Cara-cara penyediaan:

  1. Tepung pulut diuli bersama sedikit garam dan air sehingga lembut.
  2. Bahagikan kepada 3 bahagian dan campurkan pewarna berbeza.
  3. Bulatkan doh sehingga menjadi bebola, kemudian leperkan dengan menekannya dengan ibu jari.
  4. Didihkan air kemudian masukkan bebola. Angkat apabila bebola timbul.
  5. Masak kuah dengan memasukkan semua bahan-bahan kuah sehingga mendidih, kemudian    masukkan bebola.
  6. Kacau seketika kemudian siap!

Resepi 3

Bahan A:

  • Tepung pulut 3 cawan
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam

Bahan B:

  • Santan kara 1 kotak
  • Daun pandan 2 / 3 helai
  • Biji sagu yang telah dimasak 1 cawan
  • Gula melaka 1 ketul
  • Gula putih

Cara-cara Penyediaan:

See Also

  1. Tepung pulut diuli bersama sedikit garam dan air sehingga lembut.
  2. Bahagikan kepada 3 bahagian dan campurkan pewarna berbeza.
  3. Bulatkan doh sehingga menjadi bebola, kemudian leperkan dengan menekannya dengan ibu jari.
  4. Didihkan air kemudian masukkan bebola. Angkat apabila bebola timbul kerana bebola telah masak.
  5. Untuk memasak kuah, gunakan periuk lain dan panaskan santan.
  6. Masak kuah dengan memasukkan semua bahan-bahan B sehingga mendidih, kemudian    masukkan bebola.
  7. Kacau seketika kemudian siap!

Dengan resepi ini, anda bolehlah mencuba memasak bubur candil sendiri di rumah bersama ahli keluarga yang lain. Bubur candil yang dimasak sendiri pastinya lebih sedap dan menepati cita rasa anda. Selamat mencuba!

Sumber:

https://cookpad.com/my/recipes/11990446-bubur-candil

http://resepiuntukdikongsi87.blogspot.com/2016/11/bubur-candil-bubur-tepung-pulut.html

error: Content is protected !!