Resepi Bubur Ayam Kegemaran Anda Ketika Sakit
Hidangan bubur pastinya menjadi pilihan terutama ketika anda sedang demam, selesema, batuk dan sebagainya. Jom lihat resepi bubur ayam versi sihat pula.

Hidangan bubur pastinya menjadi pilihan terutama ketika anda sedang demam, selesema, batuk dan sebagainya. Memandangkan ketika sakit, tekak anda lebih suka untuk makan makanan yang pepejal, bubur adalah antara pilihan yang baik walaupun ia bukanlah jenis yang berkuah.

Namun, dengan tekstur lembut ditambahkan dengan kepingan ayam pastinya menaikkan selera anda dan menambahkan tenaga pada badan yang lesu.

Biasanya, jika kita malas, bubur McDonalds sahaja yang akan dicari bukan, tapi apa kata anda sediakan sendiri di rumah kerana ia sememangnya sangat mudah dan tidak mengambil masa yang lama pun.

Jom lihat cara penyediaan bubur ayam versi sihat seperti di bawah.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras perang
  • 10 cawan air
  • 2 keping bahagian dada (tanpa kulit)
  • Sedikit garam dan lada sebagai perasa
  • 1 inci halia (dicincang halus)
  • 3 batang daun bawang (dihiris halus)
  • Sedikit minyak bijan

Cara penyediaan:

  1. Dalam periuk yang agak besar, basuh beras sehingga airnya kelihatan agak jernih, iaitu sekitar 3-4 kali dan tapiskan beras tersebut.
  2. Tambahkan 10 cawan air dalam periuk dan biarkan ia masak seketika.
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan dada ayam dan biarkan.
  4. Selepas ia kembali mendidih, tambahkan sedikit garam dan lada kemudian turunkan suhu.
  5. Biarkan ia masak selama 30 minit lagi.
  6. Jika bubur anda terlihat agak pekat, tambahkan sedikit air untuk mencairkannya sedikit.
  7. Keluarkan dada ayam dan carikkannya apabila sudah sedikit sejuk.
  8. Tambahkan hirisan halia dan satu atau dua sudu minyak bijan ke dalam bubur.
  9. Hidangan bubur anda sudah siap dan anda hanya perlu menghidangkannya panas-panas bersama ayam tadi.

Selamat mencuba!

SUMBER

https://www.rotinrice.com/top-commenter-chinese-comfort-food-and-award/

Summary
recipe image
Recipe Name
Resepi Bubur Ayam Kegemaran Anda Ketika Sakit
Published On
Tagged: