Resepi Biskut Brownies

Resepi brownies ini berbeza dengan kebanyakan resipi lain kerana ia tidak memerlukan serbuk penaik. Sungguhpun serbuk penaik tidak digunakan, ia tetap menjadi dan rasanya sangat lazat.

Namun, macaroon amat diperlukan dalam resipi ini. Jika tiada,anda perlu bertindak dengan lebih kreatif sedikit dengan pipekan ke dalam cawan kertas nipis. Biskut brownies mempunyai dua versi yang boleh dibuat, iaitu jenis chewy ( bakar 12 minit ) dan jenis rangup ( bakar 15 minit )

Resepi Brownies Pertama

Bahan-bahan

  • Coklat : Resipi ini menggunakan beberapa bar coklat gelap yang dicincang, tetapi anda juga boleh menggunakan beberapa kepingan coklat separuh manis.
  • Tepung : Resipi ini menggunakan tepung gandum, tetapi tepung jenis lain juga boleh digunakan.
  • Serbuk koko : Guna serbuk koko biasa tanpa gula
  • Gula : Kedua-dua gula perang (pastikan dibungkus dengan ketat) dan gula putih (pasir) akan digunakan.
  • Mentega tanpa garam / unsalted butter
  • Telur
  • Garam : Garam laut halus digunakan dalam resipi ini, tetapi anda juga digalakkan membubuh sedikit serpihan garam laut di atasnya.

Cara penyediaan:

  1. Sediakan satu loyang besar. Letakkan kertas parchment atau silpat liner.( Jika anda menggunakan ketuhar atau loyang yang lebih kecil dan perlu membuat dua kali,cuba membuat kali kedua dengan segera selepas kumpulan pertama disiapkan. Biskut anda akan kurang berketak jika doh direhat terlalu lama.)
  2. Sediakan bahan-bahan kering. Tepung,serbuk koko dan garam laut dipukul bersama sehingga larut.
  3. Sediakan coklat. Cairkan mentega dalam kuali (atau di dalam microwave) dan kacau coklat yang telah dicincang sehingga larut sepenuhnya.
  4. Sediakan campuran telur dan gula. Sementara itu, gunakan pengadun berdiri ataupun pengadun tangan untuk memukul telur dan gula bersama dengan kelajuan sederhana tinggi selama 5 minit.
  5. Lipat, lipat, lipat. Tuangkan campuran coklat ke dalam campuran telur secara perlahan, dan lipatkannya dengan spatula getah sehingga sebati. Kemudiannya masukkan campuran kering yang disediakan tadi dan lipat lagi sehingga semuanya sebati. (Elakkan campuran keterlaluan!)
  6. Menyudu. Gunakan sudu biskut besar (3 sudu besar) (cara yang paling senang) atau sudu biasa untuk menyudu doh supaya berbentuk bola dan meletakkannya pada loyang yang disediakan, jarakkan bebola doh sekurang-kurangnya dua inci. Ia akan agak basah dan melekit, dan juga akan mengembang semasa dibakar. Jadi pastikan bebola doh dijarakkan sekurang-kurangnya beberapa inci.
  7. Membakar. Bakar selama kira-kira 10-12 minit,atau sehingga bahagian atas biskut berketak dan berkubah sedikit. Sejukkan pan di atas rak wayar selama kira-kira 15-20 minit sebelum mengeluarkan biskut.
  8. Nikmati. Hidangkan biskut anda semasa ia masih suam dan nikmatinya !

Bahan-bahan:

  • 120g tepung gandum
  • 1 sudu empleks
  • 1 sudu serbuk penaik
  • 4 biji telur
  • 1 sudu esen vanilla
  • 1/2 cawan gula
  • 250g coklat gelap
  • 100g mentega

Cara penyediaan:

  1. Whiskkan ke semua bahan dan tepung yang telah di ayak bersama.
  2. Kacaukan telur, esen vanilla dan gula bersama.
  3. Cairkan coklat gelap dan mentega dan kacau perlahan supaya sebati dengan menggunakan kaedah double boiler.
  4. Campurkan adunan telur ke dalam coklat.
  5. Masukkan adunan tepung.
  6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipekan adunan di atas baking paper.
  7. Bakar pada suhu 160c selama 20 minit di dalam ketuhar.
  8. Keluarkan dan terus potong.

Resepi Brownies Ketiga: Cookies N’ Cream Brownies

Bahan-bahan:

  • 1 cawan mentega
  • 160g coklat putih
  • 300g susu pekat manis
  • 1 biji telur
  • 1 sudu tepung gandum
  • 1 sudu serbuk penaik
  • 7 keping biskut oreo

Cara penyediaan:

  1. Cairkan mentega dan coklat putih dengan kaedah double boil.
  2. Campurkan susu pekat manis dan telur.
  3. Kemudian, masukkan tepung gandum dan serbuk penaik.
  4. Akhirnya, letakkan oreo dan kacau sebati.
  5. Bakar adunan pada suhu 160c selama 20 minit dengan menggunakan api bawah.

Tips :

  • Anda mestilah mengukur tepung anda dengan tepat! Antara kesilapan yang terlalu kerap berlaku adalah kandungan tepung yang terlebih. Cara yang paling mudah dan baik ialah mengukur tepung dengan penimbang berat. Jika anda tiada, masukkan tepung ke dalam cawan pengukuran dengan sudu dan meratakannya dengan pisau.
  • Gunakan serbuk koko berkualiti tinggi untuk menghasilkan biskut yang lebih lazat. Antara yang dicadangkan aadalah sebuk koko dutch, tetapi anda boleh mencari campuran atau menggunakan serbuk koko semula jadi jika anda suka akan rasa tersebut.
  • Biskut ini akan berasa lebih lazat jika ditambahkan pecan atau walnut ke dalam doh, cubalah tambah kira-kira dalam 1/2 cawan mengikut citarasa sendiri.

Sumber:

l

https://www.gimmesomeoven.com/chocolate-brownie-cookies/

https://preppykitchen.com/brownie-cookies

https://cookpad.com/my/recipes/14970173-crunchy-thin-brownie-cookies-

Summary
Resepi Brownies Yang Mudah Dilakukan
Article Name
Resepi Brownies Yang Mudah Dilakukan
Description
Resepi brownies ini berbeza dengan kebanyakan resipi lain kerana ia tidak memerlukan serbuk penaik. Sungguhpun serbuk penaik tidak digunakan, ia tetap menjadi dan rasanya sanggat lazat.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: