Now Reading
Resepi Blueberry Cheese Tart yang Harus Anda Cuba

Resepi Blueberry Cheese Tart yang Harus Anda Cuba

blueberry cheese tart

Tart adalah pastri yang boleh didapati di negara-negara Asia seperti Hong Kong. Lapisan luar tart dipenuhi dengan kastard telur yang dibakar di dalam ketuhar. Hari ini, tart mempunyai pelbagai variasi seperti blueberry cheese tart, tart putih telur, tart susu, tart madu telur, tart halia, dan banyak lagi. Tart blueberry cheese sesuai dimakan sebagai makanan ringan atau minum petang bersama keluarga.

Blueberry Cheese Tart

Resepi 1

Bahan-bahan

  • Butter (salted) 100 gram
  • Gula halus 75 gram
  • Tepung gandum 200 gram
  • Telur 1 biji
  • Esen vanila 1/2 sudu kecil

Bahan-bahan Cream Cheese Filling:

  • Cream cheese 250gram
  • Butter (salted) 20gram
  • Gula kaster 60 gram
  • Telur 1 biji

Cara-cara penyediaan tart shell:

  1. Butter dan gula diputar bersama sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla lalu putar bersama sehingga sebati. 
  3. Tepung dimasukkan ke dalam adunan kemudia digaul rata sehingga menjadi doh.
  4. Bentukkan doh menjadi bulat dan tekan di atas acuan tart. Cucuk dengan garfu untuk memudahkan pengudaraan.
  5. Tart dibakar pada suhu 160c selama 20 minit atau sehingga keperangan.
  6. Tart dikeluarkan dari acuan dan pastikan tart shell telah sejuk, kemudian masukkan blueberries filling.

Cara penyediaan cream cheese filling

  1. Cheese, butter dan gula diputar sehingga kembang dan berkilat.
  2. Masukkan telur dan putar hingga sebati.

Resepi 2

Bahan-bahan:

  • Marjerin atau butter 170gm
  • Gula aising 50gm
  • Telur gred c 1 biji
  • Tepung gandum 290gm
  • Esen vanilla 1 sudu kecil

Bahan-bahan cream cheese filling:

  • Cream cheese 250gm
  • Gula kastor 50gm
  • Telur saiz b 1 biji
  • Esen vanilla / esen lemon sudu teh

Cara-cara Penyediaan:

  1. Putar majerin dan gula sehingga sebati.
  2. Campurkan telur dan esen vanilla bersama.
  3. Tepung dimasukkan sedikit demi sedikit.
  4. Adunan diuli sehingga menjadi doh.
  5. Letakkan doh ke dalam acuan kemudian bakar pada suhu 170C sehingga masak.
  6. Setelah tart shell masak dan sejuk, masukkan cream cheese filling blueberry.

Resepi 3

Bahan-bahan pastri:

  • Butter (salted) 125g
  • Gula halus 55g
  • Tepung gandum 250g
  • 1 kuning telur
  • Esen vanila 1/2 sudu kecil
  • Air ais 1 sudu besar

Bahan Cream Cheese Filling:

  • Cream cheese 250g
  • Butter (salted) 20g
  • Gula halus 50g 
  • Telur 1 biji

Cara-cara penyediaan:

See Also

  1. Tepung dan gula halus perlu diayak bersama supaya tidak terdapat ketulan.
  2. Putar majerin dan gula sehingga sebati.
  3. Campurkan telur dan esen vanilla bersama.
  4. Tepung dimasukkan sedikit demi sedikit.
  5. Adunan diuli sehingga menjadi doh.
  6. Letakkan doh ke dalam acuan kemudian bakar pada suhu 170C sehingga masak.
  7. Setelah tart shell masak dan sejuk, masukkan cream cheese filling blueberry.

Dengan resepi ini, anda bolehlah mencuba membuatnya sendiri di rumah bersama ahli keluarga yang lain. Blueberry cheese tart yang dibuat sendiri pastinya lebih sedap dan menepati cita rasa anda. Selamat mencuba!

Sumber:

https://www.aziekitchen.com/2013/02/blueberries-cheese-tart-nana.html

https://norazlitaaziz.blogspot.com/2011/07/bluberry-cheese-tart-dan-step-by-step.html

https://phoenixhillna.org/resepi-blueberry-cheese-tart/

error: Content is protected !!