resepi biskut oatmeal sihat
Biskut Oatmeal dibuat dengan oat yang kaya dengan serat, gula melaka, minyak kelapa dan sos epal.

Biskut Oatmeal dibuat dengan oat yang kaya dengan serat, gula melaka, minyak kelapa dan sos epal. Sekeping biskut oatmeal mengandungi kira-kira 115 kalori! Ia bebas gluten dan bebas tenusu secara semulajadi.

Selain itu, Biskut Oatmeal juga sesuai bagi diet vegetarian atau diet paleo. Anda juga boleh menambah kismis dan kayu manis.

Resipi ini sangat mudah diikuti dan bebas gluten secara semulajadi kerana kami hanya menggunakan oat dan tepung oat sebagai bahan asasnya. Anda boleh menemuinya di kebanyakan kedai runcit di bahagian organik atau membuatnya sendiri dengan mengisar ‘rolled oats’ dalam pengisar makanan atau pengisar berkelajuan tinggi.

Bahan-bahan:

  • 2 1/4 cawan ‘rolled oats’
  • 1 cawan tepung oat
  • 1/2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh kulit kayu manis
  • 1/2 sudu teh buah pala
  • 1/4 sudu teh garam laut
  • 6 sudu teh minyak kelapa
  • 2 sudu teh sos epal
  • 1 cawan gula melaka (atau gula perang organik)
  • 2 biji putih telur (kira-kira 1/3 cawan)
  • 1 sudu esen vanila
  • 1/2 cawan kismis atau cip coklat gelap atau campur kedua-duanya

Berikut beberapa cadangan bahan yang anda boleh cuba gunakan semasa memasak nanti.


Tepung Oat Organik MH Food

RM 6.00

Tepung Oat ini dihasilkan daripada 100% bijirin organik yang diperakui. Tepung oat mempunyai serat makanan tinggi yang membantu menurunkan kolesterol dan mencegah kegemukan. Ia memberikan tekstur yang lebih lembut dan rapuh daripada tepung serba guna biasa. Baik untuk roti bakar yang tidak beragi atau dicampurkan dengan tepung gandum jika digunakan sebagai ragi. Sesuai untuk membuat roti, kek dan biskut. Kandungan gluten rendah dan mudah dicerna.


Minyak Masak Kelapa RASAKU 500g

RM 12.90

Minyak yang tahan panas untuk semua jenis masakan dan membakar. Minyak masak kelapa premium 100% semula jadi yang halus tanpa lemak trans, tanpa bahan kimia dan bahan tambahan. Selain itu, minyak masak kelapa ini juga sangat baik untuk memasak, menggoreng dan memanggang dengan api yang diperkaya dengan kandungan Medium-Chain Fatty Acids (MCFA) / trigliserida rantai sederhana (MCT) yang serupa dengan minyak kelapa dara.


Gula Perang Radiant (500g)

RM 22.23

Gula Perang ini diekstrak dari getah atau bunga tanaman kelapa dan disejat menjadi gula kelapa. la tidak mempunyai kalori dan mempunyai mineral seperti Besi. Zink. Kalsium dan Kalium. Bersama dengan beberapa asid lemak rantai pendek. polifenol dan antioksidan yang juga dapat memberikan beberapa manfaat kesihatan. Mengandungi serat yang disebut inulin yang dapat memperlambat penyerapan glukosa dan menjelaskan mengapa gula kelapa mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah daripada gula biasa. Pengganti gula tebu yang ideal. Rasa manisnya menjadikan gula perang ini sebagai pengganti gula yang sesuai dalam resipi untuk makanan yang dipanggang, bijirin, kopi, teh dan untuk pemanis minuman lain.


Star Brand Vanilla Essence

RM 3.00

Star Brand adalah jenama perasa dan pewarna masakan terkemuka di malaysia. Star Brand mengedarkan pelbagai 11 rasa untuk menjadikan masakan anda menjadi lebih menarik, mengikut citarasa anda. Perisa yang ada ialah mawar, vanila, pisang, pandan, oren, coklat, lemon, nanas, jagung manis, badam dan strawberi. Misi Star Brand adalah menjadi peneraju pasaran dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi dan selamat dengan harga yang kompetitif dengan cara yang bertanggungjawab dan memberikan nilai tertinggi kepada pelanggan, pekerja, pelabur, pembekal dan masyarakat kita.

Cara penyediaan:

  1. Panaskan ketuhar hingga 175 ° C
  2. Sembur dua helai kertas baking dengan semburan memasak (cooking spray) dan alas loyang. Ketepikan dahulu.
  3. Dalam mangkuk sederhana, campurkan oat, tepung oat, baking soda, serbuk penaik, kayu manis, buah pala dan garam. Ketepikan.
  4. Dalam mangkuk yang besar, setkan pengadun pada kelajuan sederhana dan adunkan minyak, sos epal, gula melaka, putih telur dan esen vanila sehingga lembut dan licin. Seterusnya, campur adunan ini bersama adunan oat dan pukul secara perlahan-lahan. Masukkan cip coklat gelap atau kismis dan kacau dengan ringan.
  5. Gunakan sudu atau senduk biskut, sendukkan adunan berbentuk bulat di atas loyang. Pastikan jarak antara biskut adalah 2 inci. Tekan sedikit setiap biskut dengan garfu.
  6. Bakar selama 10 minit dalam ketuhar, atau ia sehingga berwarna perang keemasan. Biskut akan kelihatan sedikit lembut, tetapi jangan bakardengan terlalu lama sehingga ia menjadi sangat rangup.
  7. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk selama 5 minit atau sehingga ia mula mengeras sedikit.

Pada ketika ini, pindahkan biskut ke atas rak dawai untuk menyejukkannya sepenuhnya.

Selamat mencuba!

Tagged: