Biskut Florentine

Biskut Florentine telah menjadi trend dalam kalangan masyarakat kerana kaedah adunannya hanya menggunakan kertas kek cawan. Kaedah ini adalah kaedah yang paling baik untuk hasilkan biskut nipis dan tak melekat pada kertas kek cawan yang digunakan.

Bukan itu sahaja biskut ini juga dikeluarkan daripada paper cup apabila sudah siap dibakar, tapi keluarkan bila dah sejuk ya. Tambahan lagi, nak buat biskut ni tak perlu tunggu raya, bila-bila pun boleh buat biskut ini. Nak dibuatnya pun senang.

Tetapi harganya memang mahal sikit sebab bahan-bahan kekacangnya agak mahal. Lagipun, bagus dimakan kerana ada almond. Kekacang almond pun antara kekacang yang mempunyai banyak khasiat.

Bahan-Bahan:

  • 500g tepung florentine
  • 500g kepingan almond yang dibakar selama 5 minit
  • 200g biji labu hijau yang dibakar selama 5 minit
  • 100g kuaci putih yang dibakar selama 5 minit
  • 40g bijan hitam atau putih yang dibakar selama 5 minit
  • Suhu bakar kekacang dalam 150C – 160C

ATAU

  • 250g Tepung Florentine
  • 150g badam keping (almond flake)
  • 40g kuaci
  • 40g biji labu
  • 40g walnut

Langkah-Langkah Penyediaan

  1. Mula-mula, campurkan kesemua bahan dan gaul rata.
  2. Masukkan ke dalam bekas cup cake agar lebih mudah nak dikeluarkan nanti.
  3. Kemudian, bakar pada suhu 150C dengan api atas bawah selama 15 minit.
  4. Bila dah siap bakar, tunggu agak sejuk baru dikeluarkan dari bekas cup cake.
  5. Akhir sekali, bila dah agak sejuk kita akan dengar bunyi kriuk-kriuk dan masa itu dah boleh dikeluarkan.

Ingat tips : Jangan sesekali keluarkan semasa panas kerana biskut akan pecah menjadi kecil-kecilan nanti.

Kebaikan Biskut Florentine Dibuat Menggunakan Bekas Cup Cake Dari Guna Loyang Biasa

  1. Adunan akan jadi sangat nipis dan rangup
  2. Tak terlekat pada kertas
  3. Senang keluarkan Biskut Florentine yang telah dibakar dari kertas kek cawan
  4. Bentuk yang dihasilkan sama, tidak ada yang terlebih kecil atau terlebih besar seperti yang dibuat menggunakan loyang dan perlu dipotong.

Maka disarankan untuk beli kertas kek cawan yang agak tebal kerana ia boleh guna berulang kali (selagi tidak koyak).

Selamat mencuba resepi Biskut Florentine yang rangup ni!

SUMBER

www.dinohauz.com/2018/06/resepi-biskut-florentine-crunchy.html

www.rasa.my/jom-cuba-buat-biskut-florentine-bagus-makan-kekacang-ni

Summary
Resepi Biskut Florentine Rangup Untuk Dicuba
Article Name
Resepi Biskut Florentine Rangup Untuk Dicuba
Description
Biskut Florentine telah menjadi trend dalam kalangan masyarakat kerana kaedah adunannya hanya menggunakan kertas kek cawan. Kaedah ini adalah kaedah yang paling baik untuk hasilkan biskut nipis dan tak melekat pada kertas kek cawan yang digunakan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: