Anda mempunyai roti yang akan tamat tempoh tetapi sayang untuk dibuang? Oleh itu, jangan buang roti itu! Simpan roti itu dan apa kata anda cuba buat bengkang roti kerana ia sangat senang dibuat disebabkkan bahannya sangat mudah didapati. Malah ia mempunyai pelbagai jenis rasa. Ia juga menjadi kegemaran ramai kerana rasanya sangat enak.

Bengkang roti mempunyai pelbagai jenis. Antaranya ialah bengkang roti biasa, bengkang roti jagung, bengkang roti kismis, dan macam macam lagi mengikut kesukaan anda.

bengkang roti

Oleh itu, ikuti resepi di bawah untuk membuat bengkang roti biasa.

Namun, anda boleh tambahkan sendiri jagung, kismis atau lain lain bahan sebagai tambahan rasa ke dalam bengkang roti anda mengikut kesukaan anda dan seisi keluarga.

Bahan Untuk Dikisar (bengkang roti)

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan santan kelapa
  • 1 cawan susu cair
  • 1¼ cawan air
  • 2 sudu besar mentega
  • 3 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Bahan Lain

  • 1 cawan susu segar
  • 14 keping (520g) roti dipotong dadu
  • 1 cawan minyak

Cara-Cara Membuat bengkang roti

  1. Pertama sekali, sila rendam roti yang sudah dipotong dadu di dalam 1 cawan susu cair. Pastikan roti itu direndam sepenuhnya di dalam susu tersebut dan benar benar lembut.
  2. Sementara menunggu roti lembut, anda boleh kisar semua bahan untuk dikisar di atas hingga sebati.
  3. Kemudian, tuangkan bahan yang sudah dikisar ke dalam roti yang direndam tadi.
  4. Sila gaul adunan tersebut sehingga rata.
  5. Selepas itu, panaskan oven dalam 8 hingga 10 minit.
  6. Sementara menunggu oven panas, sapu minyak atau marjerin di atas loyang.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang sehingga rata.
  8. Selepas itu, bakar adunan menggunakan suhu 180C selama 1 jam.
  9. Selesai dibakar, sejukkan dahulu sebelum anda makan.
  10. Hidangkan bengkang roti anda bersama teh atau kopi ketika minum petang. Selamat mencuba!

Sumber

https://homekreation-recipes.blogspot.com/2013/11/bingka-roti-jagung-corn-bread-pudding.html

Tagged: