resepi bayam

Resepi bayam, bila disebut sahaja bayam mesti kita terbayang watak kartun Popeye. Kegagahan dari ketulan otot di tangan yang terhasil apabila memakan bayam. Pernahkan anda terfikir mengapa watak itu sebegitu setiapkali memakan bayam?

Bayam tergolong dalam kategori makanan super. Mengapa? Disebalik warna hijau yang terdapat padanya, ia kaya dengan nutrisi dan berkalori rendah.

Khasiat bayam bagi penggemarnya

  1. Mengawal kadar glukosa dalam darah serta memaksimumkan insulin untuk menjalankan fungsi didalam badan.
  2. Warna hijau pada bayam yang tinggi klorifl membantu didalam mencegah pertumbuhan barah.
  3. Sumber Beta Karoten untuk mencegah penyakit asma.
  4. Menurunkan tekanan darah dengan bantuan kandungan kalium didalamnya
  5. Vitamin K didalam sayur bayam membantu menjaga kesihatan tulang dan gigi, ia membantu penyerapan kalsium dan mengekalkannya didalam badan.
  6. Mengelakkan sembelit dan membantu proses pencernaan.
  7. Menyihatkan rambut dan kulit tubuh kerana ia kaya Vitamin A.
  8. Mengekalkan keremajaan dan keanjalan kulit wajah melalui kandungan Vitamin C.
  9. Mengawal keguguran rambut kerana ia membekalkan zat besi untuk kesihatan akar rambut.

Wah banyaknya manafaat dari sayuran hijau ini. Apa tunggu lagi, pastikan si hijau ini ada didalam menu seharian anda.

Jom kita lihat menu berasaskan makanan super ini untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam.

Sarapan Pagi : Sandwich Keju Bakar Bersama Bayam

resepi bayam

Bahan bahan

  • 8 keping roti gandum penuh
  • 8 potong keju provolonce ( sekiranya sukar didapati boleh menggunakan Keju Cheddar )
  • 2 sudu teh Sos Tabasco
  • 4 sudu besar Sos Pesto
  • 110 gram Bayam segar
  • 2 sudu besar minyak zaitun

Kaedah

  1. Panaskan kuali pada kadar sederhana
  2. Sapu bahagian luar roti dengan minyak zaitun
  3. Sapu dibahagian dalam dengan Sos Pesto dan Sos Tobasbo
  4. Lapiskan bahagian dalam roti dengan sayur bayam dan keju
  5. Kapitkan roti dan bakar diatas kuali yang telah dipanaskan tadi
  6. Bakar sehingga roti warna keperangan dan lapisan keju cair. Anggaran masa antara 2 – 4 minit untuk setiap bahagian roti dan dibalikkan supaya masak sekata.
  7. Sedap dihidang ketika masih panas bersama minuman kegemaran anda.

Makan Tengahari : Pasta krim 4 keju bersama Bayam

 Bahan bahan

  • 225 gm Pasta ( Rigatoni/ Penne/ Farfelle atau Rotini)
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu makan bawang putih yang dicincang
  • 8 cawan sayur bayam
  • 1/2 cawan keju fontina parut ( Mozarella boleh digunakan sebagai gantian )
  • 1/2 cawan keju ricotta rendah lemak
  • 28 gram krim keju rendah lemak (dibiarkan lembut)
  • 1/4 sudu teh garam kosher
  • 1/8 sudu teh cili cayenne
  • 1/2 cawan keju parmesan diparut

Kaedah

  1. Rebus pasta mengikut arahan dibelakang bungkusan tanpa garam dan lemak
  2. Toskan pasta dan tinggalkan air rebus  ¼ cawan dan masukkan kembali pasta kedalam periuk
  3. Panaskan kuali dengan api sederhana, masukkan bayam dan bawang putih.
  4. Balik balikkan dalam 3 minit sehingga sayuran lembut.
  5. Tambah Fontina, Ricota dan Keju Krim teruskan proses kaup balik sehingga keju cair dan tekstur masakan kelihatan berkirm anggaran dalam 30 saat.
  6. Sebaik sahaja keju cair alih kuali dari sumber api dan masukkan pasta, dan perasakan dengan garam dan cili Cayenne.
  7. Teruskan proses kaup balik sehingga semua pasta bersalut kuah.
  8. Parut kan keju Parmesen diatas pasta dan hidangkan Ketika masih panas.

Makan Malam : Taco Bayam

resepi bayam

Bahan bahan

  • 113 gm Daun Bayam
  • 4 cawan air masak
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar tepung almond / tepung oat
  • 1/2 cawan keju parut
  • 1/4 sudu teh serbuk bawang putih (optional)
  • 1/4 sudu teh garam (optional)

Kaedah

  1. Panaskan ketuhar kepada suhu 200°c.
  2. Masukkan bayam kedalam mangkuk
  3. Masukkan 2 cawan air panas kedalam mangkuk berisi bayam dan tutup selama 2 minit
  4. Sediakan secawan air berisi ais, tuang kedalam sebiji mangkuk.
  5. Pindahkan bayam yang telah direndam didalam air panas tadi kedalam mangkuk berisi ais menggunakan penyepit.
  6.  Kaup balik beberapa saat agar ia sejuk
  7. Perah lebihan air dari daun bayam sehingga ia menyerupai bebola
  8. Keringkan bebola bayam tersebut dengan cara meratakannya diantara lapisan kertas penyerap.Pastikan ia benar benar kering.
  9. Cincang halus bayam yang telah kering tadi.
  10. Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk dan digaul rata sehingga membentuk aduanan cair.
  11. Sediakan dulang pembakar bersama kertas minyak yang telah disembur dengan minyak zaitun.
  12. Gunakan senduk kecil untuk mengambil bancuhan dan curah diatas dulang tadi.Pastikan jumlah bancuhan yang diambil sekata supaya membentur saiz sama besar.
  13. Ratakan menggunakan sudu bancuhan yang telah dituang tadi supaya sama rasa dan berbentuk bulatan.
  14. Bakar selama 15 minit dengan suhu 200 Celcius. Pastikan ia berwarna keemasan dan rangup dikeliling.
  15. Hidangkan dalam keadaan suam.
  16. Boleh dimakan begitu sahaja atau bersama inti kegemaran.

Selamat mencuba resepi yang di kongsikan. Semoga berjaya!

Sumber:

https://www.rasa.my/10-resipi-masakan-paling-sedap-masak-guna-bayam-hijau/

https://dapurkejuprochiz.com/resep/prochizlover/1583/sandwich-bayam-keju

https://diethood.com/creamy-spinach-and-feta-cheese-tortilla-wraps/

Summary
Resepi Bayam : Sarapan, Makan Tengahari dan Makan Malam
Article Name
Resepi Bayam : Sarapan, Makan Tengahari dan Makan Malam
Description
Resepi bayam, bila disebut sahaja bayam mesti kita terbayang watak kartun Popeye. Kegagahan dari ketulan otot di tangan yang terhasil apabila memakan bayam. Pernahkan anda terfikir mengapa watak itu sebegitu setiapkali memakan bayam?
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: