Kuih badak berendam merupakan salah satu kuih yang popular di Malaysia terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Ia dikenali sebagai sopang di Negeri Sembilan.

Kuih ini diperbuat daripada adunan tepung beras yang digentel bulat dengan inti kelapa bercampur nisan. Kuih ini sangat sedap dimakan bersama dengan kuah santan kelapa.

Bahan untuk inti:

  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2 sudu makan gula
  • gula melaka secukupnya
  • 2 sudu makan gula pasir
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu makan tepung gandum
  • 1 helai daun pandan – disimpul

Bahan untuk kuah:

  • 3 cawan santan
  • 3 sudu makan tepung beras – dibancuh dengan sedikit air
  • 1 sudu teh garam
  • 1 helai daun pandan – disimpul

Bahan untuk badak berendam:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 1/2 cawan air pandan (tak perlu pekat sangat)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • pewarna merah
  • pewarna hijau

Cara menyediakan inti kelapa:

  1. Pertama sekali, panaskan kuali kemudian masukkan bahan-bahan kelapa, gula melaka, dan gula pasir. Tambahkan daun pandan yang disimpul untuk menambah aroma yang lebih wangi. Apabila inti kelapa menjadi agak kering, taburkan tepung gandum dan terus kacau sehingga masak.

Cara membuat kuah santan:

  1. Langkah pertama, santan perlu dimasak bersama bancuhan tepung beras, garam, dan daun pandan.
  2. Santan perlu dimasak dengan api yang perlahan sambil dikacau setiap masa sehingga mendidih supaya santan tidak berketul.

Cara membuat badak berendam:

  1. Tepung pulut perlu dibancuh bersama air pandan dan garam sehingga menjadi doh lembut yang boleh dibentuk menjadi bulat.
  2. Doh tepung pulut perlu dibahagi dua. Satu bahagian diuli dengan pewarna hijau dan satu bahagian lagi menggunakan pewarna merah.
  3. Bentukkan doh sebesar ibu jari dan leperkan kemudian masukkan inti kelapa dengan kemas.
  4. Setelah siap, bebola perlu direbus di dalam air yang mendidih sehingga timbul di permukaan. Tapiskan air dan masukkan ke dalam kuah santan.

Sumber:

https://resepichenom.com/resepi/badak-berendam/show

Summary
Resepi Badak Berendam Yang Sedap Dan Ringkas
Article Name
Resepi Badak Berendam Yang Sedap Dan Ringkas
Description
Kuih badak berendam merupakan salah satu kuih yang popular di Malaysia terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.
Author
Publisher Name
CERIA SIHAT
Tagged: