Resepi Ayam Masak Thai

Bila tiba sahaja waktu makan pasti para ibu pening fikirkan juadah untuk disajikan kepada keluarga dan tetamu yang datang ke rumah. Kadang-kadang sudah jemu makan masakan Melayu. Apa kata jadikan resepi ayam masak Thai yang mengiurkan ini sebagai juadah pembuka selera pula. Makan ayam masak Thai ketika makan malam pun boleh.

Ayam Masak Thai

  • 1 ekor ayam
  • 1 biji bawang besar Holland -potong bulat
  • 2 batang serai – ketuk
  • 2-3 helai daun limau purut
  • Garam secukupnya
  • 4 sudu sos tiram
  • 4 sudu sos cili
  • Sedikit air
  • Minyak

Bahan kisar:

  • 3 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili merah
  • 3 tangkai cili hijau
  • 2 biji cili api

Kaedah penyediaan:

  • Ayam dilumur garam dan serbuk kunyit. Goreng sekadar masak sahaja. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dan tumis serai yang dititik sehingga naik bau. Kemudian masukkan hirisan bawang dengan daun limau purut. Tumis sampai garing.
  • Setelah garing masukkan bahan yang dah dikisar, kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan air.

Akhir sekali, masukkan ayam dan serbuk perasa.

Ayam masak Thai: Pad Kra Pao (Thai Basil Chicken)

Bahan-bahan:

  • 400 g Isi Ayam, potong dadu
  • 40 g Bawang putih
  • 40 g cili api merah
  • 50 g Daun Selasih
  • 50 g Minyak Sayur
  • 1 Sudu kecil Serbuk Pati Ayam
  • 2 Sudu besar Sos ikan
  • 3 Sudu besar Sos Tiram
  • 1 Sudu besar Kicap Manis

Kaedah penyediaan:

  • Cincang halus bawang putih, matang halus cili api,petik dan selasih,basuh dan Toskan.
  • Panaskan minyak sayur masukan bawang putih dan cili api, tumis hingga harum, masukkan Isi ayam dan serbuk Pati Ayam, gaulkan sebati masak hingga Ayam berubah warna
  • Masukan sos Ikan, Sos Tiram,dan Kicap Manis, gaulkan sebati masak hingga ayam lembut
  • Akhir sekali masukan daun selasih, gaulkan sebati,masak seketika, tutup api dan angkat.
  • Hidangkan pad Kra Pao dengan Nasi putih panas dan telur mata kerbau.
Easy Pad Kra Pao Recipe (Chicken Thai Basil Stir Fry)

Ayam Masak Thai: Chicken Mango ala Thai

Bahan-bahan:

  • Isi Ayam (bahagian dada)
  • Tepung Serbaguna (untuk gaul ayam)
  • Minyak untuk menggoreng
  • 2 Biji Mangga Muda
  • 1-2 Biji Bawang Merah
  • 3-4 Tangkai Cili Padi
  • 1 Tangkai Daun Ketumbar

Bahan Sos:

  • 2 Sudu Plam Sos
  • 2-3 Sudu Thai Sos
  • 1 Sudu Sos Tomato
  • 1 Sudu Jus Limau
  • 1/2 Sudu Gula

Kaedah penyediaan:

  • Potong ayam, campurkan dengan Tepung Serbaguna Dan gaul Rata. Kemudian Goreng sehingga garing
  • Hiris Nipis Mangga Dan Bawang Merah. Kemudian Potong Cili Padi Dan Daun ketumbar. Gaul Mangga, Bawang Merah Dan Cili Padi.
  • Untuk sos. Campurkan semua Bahan (plum sos, Thai sos, sos tomato, Gula Dan jus limau). Masak dengan api pelahan. Jika sos terlalu pekat, boleh tambah air. Biarkan seketika.
  • Letakkan Ayam yang telah digoreng tadi, kemudian letakkan Mangga diatas ayam tadi. Hiaskan dengan Daun ketumbar. Akhir sekali tuang sos. Sedia dihidang
Chicken Mango (Kerabu Mangga Ayam) || Enak sekali - YouTube

Beginilah hasil masakan Ayam Masak Thai yang mengiurkan. Rasanya memang sedap bercampur rasa pedas original Thai dan sangat sesuai dinikmati semasa waktu makan bersama keluarga nanti. Selamat mencuba!

Sumber:

https://www.aziekitchen.com/2019/11/ayam-masak-thai.html

https://cookpad.com/my/recipes/14942754-pad-kra-pao-thai-basil-chicken%F0%9F%87%B9%F0%9F%87%AD?ref=search&search_term=ayam%20masak%20thai

https://cookpad.com/my/recipes/14867385-chicken-mango-ala-thai-%F0%9F%87%B9%F0%9F%87%AD

Summary
Resepi Ayam Masak Thai: Mudah Dan Lazat!
Article Name
Resepi Ayam Masak Thai: Mudah Dan Lazat!
Description
Bila tiba sahaja waktu makan pasti para ibu pening fikirkan juadah untuk disajikan kepada keluarga dan tetamu yang datang ke rumah. Kadang-kadang sudah jemu makan masakan Melayu. Apa kata jadikan ayam masak Thai yang mengiurkan ini sebagai juadah pembuka selera pula. Makan ayam masak Thai ketika makan malam pun boleh.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: