resipi ayam masak kicap madu sihat
'Ayam masak kicap madu' adalah sejenis hidangan Melayu yang berasa manis dan pedas.

‘Ayam masak kicap madu’ adalah sejenis hidangan Melayu yang berasa manis dan pedas. Hidangan ayam ini lazimnya dinikmati dengan nasi putih dan hidangan sampingan lain.

Ia merupakan hidangan Melayu yang berasal di Malaysia atau di Indonesia. Hidangan ayam yang pedas dan manis ini menggunakan gabungan rempah-rempah bersama kombinasi kicap pekat. Rasanya benar-benar sedap dan menyelerakan.

Kepingan ayam perlu digoreng terlebih dahulu untuk memastikannya lebih mudah disaluti kuah. Kuah kicapnya yang berempah pasti akan mendorong kalian untuk menambah lauk ini lebih banyak.

Jika menggoreng ayam bukanlah pilihan anda, perap ayam terlebih dahulu dengan bahan kisar dan kicap pekat semalaman atau seurang-kurangnya selama 4 jam. Kemudian, tumiskan ayam yang diperap bersama kuah dan 2 sudu besar minyak, untuk menjadikannya sebuah hidangan yang mudah disediakan dalam beberapa minit sahaja.

Madu adalah bahan utama yang memberikan rasa manis kepada hidangan. Sekiranya anda mahukan hidangan Ayam Masak Kicap Madu yang lebih sihat, tukar madu dengan penggunaan sirap agave. Dalam resepi ini kami menggunakan sirap agave kerena kami memberi tumpuan kepada resepi Ayam Kicam Madu yang sihat.

Jumlah hidangan: 2 orang

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang Holland
  • 3 cm halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 tangkai cili (segar)
  • Minyak sayuran
  • 600 g daging ayam (bahagian dada, dibuang kulit dan lemak)
  • 2 sudu besar minyak sayuran
  • 1 biji bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 sudu kecil kicap pekat
  • 1 sudu teh sirap agave (versi sihat) atau madu
  • 100 ml air
  • Garam
  • Lakanto (pengganti gula)

Cara penyediaan:

  1. Kisar bawang Holland, halia, bawang putih dan cili. Tambah 1 sudu air untuk memudahkan pengisaran.
  2. Salut ayam dengan tepung jagung. Bakar ayam dalam ‘air fryer’.
  3. Panaskan minyak sayuran dalam kuali dan tumis bahan kisar. Tambah bunga lawang dan kulit kayu manis. Apabila bahan-bahan yang ditumis telah menjadi kekuningan, masukkan kicap pekat dan sedikit air. Biarkan kuah mendidih dan tambah garam secukupnya. Tambah sirap agave sebagai pemanis.
  4. Masukkan ayam goreng ke dalam kuah. Biarkan hidangan masak selama 15 minit. Kacau dari masa ke semasa.
  5. Hidangkan dengan nasi putih panas.

Selamat Mencuba!

Sumber Gambar:

Resepi Ayam Kicap Masak Ala Jawa

Summary
recipe image
Recipe Name
Resipi Ayam Masak Kicap Madu Sihat
Published On
Tagged: