resepi ayam masak bali

Apakah anda pernah memakan ayam masak bali? Sangat sedap kan.
Ayam masak bali viral di Malaysia dan banyak diminati oleh pecinta masakan. Anda mesti tercari-cari resepi ayam masak bali.

Resepi ayam masak bali hampir serupa dengan ayam masak merah. Namun ayam masak bali menggunakan lebih banyak serai dan daun kari, yang membuat rasanya jadi berbeza. Resepi ini sangat sesuai untuk anda yang bosan dengan menu ayam yang itu-itu sahaja.

Selain biasa dihidangkan pada acara-acara kenduri, ayam masak bali boleh dimakan bersama keluarga dihidangkan bersama nasi putih ataupun lemang. Confirm keluarga anda sangat menyukai makanan ini. Juga tidak perlu pergi ke restoran untuk memakan masakan ini.

1. Ayam Masak Bali

Bahan-bahan yang Digunakan:       

  • 1 ekor ayam.
  • 6-8 batang serai dititik.
  • 8 helai daun kari.
  • 3 sudu besar gula pasir.
  • 2 sudu kecil garam.
  • Kicap manis 5 kali titik.
  • Serbuk kunyit.
  • Garam.

Bahan kisar

  •  Segenggam cili kering (rebus)
  •  5-6 biji bawang besar
  •  Seinci halia
  •  Sedikit belacan
  •  Satu labu bawang putih
    (Kisar halus)

Kaedah Penyediaan:

  • Bersihkan ayam. Lumur dengan kunyit dan garam.
  • Goreng dalam 10-15 minit. Ketepikan.
  • Minyak menggoreng ayam tadi digunakan untuk goreng serai. Sehingga menjadi menjadi warn coklat kekuningan.
  • Masukkan daun kari. Kacau dan goreng. Jangan sampai hangus, gunakan api sederhana.
  • Masukkan cili yang dikisar dan biarkan garing.
  • Masukkan kicap. 5 kali titik (kali goncang). Masukkan garam dan gula. Gaulkan.
  • Masukkan ayam yang dah digoreng tadi.
  • Gaul rata dan biarkan dalam 8-10 minit. Siap.

2. Ayam Masak Bali Versi Melaka

Bahan A

  • 10 ketul bahagian ayam
  • 5 batang serai(dititik)
  • 5 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Cili kisar
  • Minyak masak
  • Serbuk kunyit
  • Gula melaka
  • Gula pasir
  • Garam

Bahan B (bahan kisar)

  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 7-10 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci belacan

Kaedah Penyediaan:

  • Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam dan gorengkan hingga separuh masak dan ketepikan.
  • Tumis serai sehingga berwarna sedikit coklat.
  • Kemudian masukkan daun kari dan tumis hingga naik bau dan garing.
  • Masukkan cili kisar dan Bahan B, masak sehingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam, kicap manis, gula melaka dan garam secukupnya.
  • Tambahkan sedikit gula pasir untuk kurangkan rasa pedas.
  • Tambahkkan sedikit air untuk lebihkan kuah dan kacau hingga kuah pekat.
  • Sedia untuk dihidangkan.

3. Ayam Masak Bali Kuah Hitam

Bahan – bahannya:

  • 7 ketul ayam – cuci digaul garam kunyit dan digoreng
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit kicap
  • air secukupnya
  • 1 Inci kunyit hidup
  • Minyak untuk menumis

Bahan Tumis:

  • 2 ulas bawang merah – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 2 tangkal daun kari
  • 3 batang serai – diketuk
  • 2 biji cili padi – dihiris

Bahan Kisar:

  • 15 tangkai cili kering – direbus dan kisar
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Kaedah Penyediaan:

  • Panaskan minyak, masukkan bahan tumis ke dalam minyak yang panas. Tumis hingga keperangan.
  • Kemudian masukkan bahan kisar bersama serbuk cili. Masak sehingga pecah minyak.
  • Masukkan sedikit air, kicap bersama garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng terlebih dahulu. Gaul rata sehingga ayam bersalut dengan kuahnya.
  • Rasa semua secukuprasa, kemudian matikan api.
  • Siap resepi Ayam Masak Bali.
  • Sedia hidangkan dengan nasi panas. Selamat mencuba!

Wah enak bukan kesemua resepi di atas? Adakah resepi ini masih baru bagi anda? Jom cuba! Baca arahan dengan teliti untuk mendapatkan hasil yang baik. Selamat mencuba!

Sumber:

https://saji.my/resepi-ayam-masak-bali/

https://secukuprasa.com/ayam-masak-bali/

https://www.tiffinbiru.com/2016/01/resipi-ayam-masak-bali.html

Summary
Resepi Ayam Masak Bali Viral Dan Sedap Giler!
Article Name
Resepi Ayam Masak Bali Viral Dan Sedap Giler!
Description
Apakah anda pernah memakan ayam masak bali? Sangat sedap kan. Ayam masak bali viral di Malaysia dan banyak diminati oleh pecinta masakan. Anda mesti tercari-cari resepi ayam masak bali.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: