Ayam goreng mangga bercili
Ayam goreng mangga bercili adalah suatu hidangan Asia yang menggabungkan keenakan ayam goreng dengan rasa buah tropika yang segar.

Gabungan hidangan pedas dan manis ini cukup menyelerakan dan pasti memikat deria rasa anda. Suatu hidangan Asia yang menggabungkan keenakan ayam goreng mangga dengan rasa buah tropika yang segar.

  • Masa persediaan – 10 minit
  • Masa memasak – 15 minit
  • Tahap: Mudah
  • Saiz hidangan: 4 orang

Peralatan yang diperlukan:

  • Kuali besar

Bahan-bahan:

  • 450g paha ayam tanpa kulit, dicincang menjadi kepingan
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil kicap rendah natrium
  • 1/2 sudu besar minyak bijan
  • 1/2 sudu besar minyak zaitun
  • 1 biji bawang merah, dicincang
  • 1 sudu besar halia, diparut atau dicincang
  • 250g kacang buncis
  • 1 biji mangga, dikupas, dibuang biji, dan dicincang
  • 1 sudu besar sos cili bawang putih
  • Lada hitam secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Campurkan ayam, tepung jagung, kicap dan minyak bijan dalam mangkuk dan biarkan selama 10 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali di atas api yang tinggi.
  3. Masukkan bawang dan halia dan tumis selama 1 hingga 2 minit, sehingga naik bau.
  4. Masukkan kacang buncis dan kacau selama 1 minit menggunakan sudip/senduk untuk memastikan sayur-sayuran masak dengan sempurna.
  5. Masukkan ayam bersama garam, dan kacau selama 2 minit, sehingga daging menjadi keperangan.
  6. Masukkan mangga, sos cili, dan lada hitam dan kacau selama 1 minit lagi, sehingga ayam masak dan mangga menjadi cair seperti sos.
  7. Hidangkan dengan nasi beras perang.

Selamat mencuba!

Summary
recipe image
Recipe Name
Resipi Ayam Goreng Mangga Bercili
Published On
Preparation Time
Cook Time
Total Time
Tagged: