resipi ayam goreng kunyit sihat
Dengan menggabungkan kedua-dua masakan Melayu dan Cina, ayam goreng kunyit adalah satu hidangan yang penuh dengan rasa yang sedap walaupun menggunakan bahan-bahan yang sedikit.

Dengan menggabungkan kedua-dua masakan Melayu dan Cina, resepi ayam goreng kunyit memberi satu hidangan yang penuh dengan rasa yang sedap walaupun menggunakan bahan-bahan resepi yang sedikit. Berdasarkan bahan utamanya iaitu kunyit, hidangan sebegini sememangnya amat mudah dan cepat untuk disediakan bagi seisi keluarga.

Kunyit yang telah digunakan selama berabad-abad sememangnya mempunyai banyak manfaat kesihatan (iaitu melawan keradangan dan meningkatkan kesihatan kulit), dan juga mengeluarkan warna kuning keemasan yang indah dan menaikkan lagi seri hidangan ayam goreng kunyit ini.

Di samping itu, kunyit juga mempunyai banyak manfaat kesihatan lain seperti:

Anda sememangnya sudah biasa akan rempah kunyit memandangkan inilah yang selalu digunakan dalam masakan. Bukan sahaja ia menambah warna kuning yang pekat, malah ia juga meningkatkan aroma masakan bagi membuatkan anda lebih berselera.

Jadi, jom sediakan juadah ini dengan resipi ayam goreng kunyit yang mudah di bawah.

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 kilogram paha atau dada ayam tanpa tulang dan tanpa kulit
  • 2 sudu serbuk kunyit
  • 2 sudu serbuk ketumbar
  • 1/2 serbuk cili (pilihan)
  • Segenggam daun kari
  • Gula dan garam secukup rasa (gantikan gula dengan pengganti gula sihat seperti stevia dan lain-lain yang sesuai)
  • Minyak sayur-sayuran
  • Sayuran; lobak merah, kacang panjang, cili dan lain-lain jika sesuai (pilihan)

Cara penyediaan:

  1. Potong ayam ke dalam saiz kiub sederhana (kurang lemak dan pilihan yang lebih sihat).
  1. Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan kunyit.
  1. Masukkan serbuk cili jika anda suka hidangan yang lebih pedas (pilihan).
  1. Tambahkan serbuk ketumbar dan daun kari.
  1. Kacau kesemuanya sekali dan pastikan rempah-rempah tersebut disaluti dengan baik pada ayam.
  1. Perap bahan tersebut selama satu jam atau lebih.
  1. Panaskan kuali dan tambahkan sedikit minyak sayuran. Masukkan campuran ayam apabila minyak telah panas.
  1. Tambah sayur-sayuran yang sesuai dengan pilihan anda jika anda mahu.
  1. Masukkan lakanto (pengganti gula) dan garam secukup rasa. Kacau dengan baik dan pastikan semua ayam dimasak dengan sama rata.
  1. Jika anda mahukan hidangan bebas minyak dan kurang kalori, gunakan air fryer jika ada.

Selamat mencuba resipi ayam goreng kunyit ini!

Kredit: Gambar diambil daripada sumber http://www.butterkicap.com

Summary
recipe image
Recipe Name
Resepi ayam goreng kunyit versi sihat untuk keluarga anda
Published On
Tagged: