Resipi Ayam Goreng KFC Versi Sihat
Ayam goreng KFC sememangnya sudah mendapat tempat dalam industri ayam goreng di negara kita. Bukan sahaja ianya mudah didapati, malah dengan keenakan rasanya, ia pasti memikat hati penggemar ayam goreng.

Dalam resepi kali ini, kita akan cuba satu hal yang baru iaitu resepi ayam goreng KFC versi sihat. Bagi mereka yang sedang menjalani gaya hidup sihat, inilah resepi baik buat anda kerana anda tidak perlu mengucapkan selamat tinggal kepada ayam KFC lagi. Sebaliknya, jom sediakannya sendiri!

Ayam goreng KFC sememangnya sudah mendapat tempat dalam industri ayam goreng di negara kita. Bukan sahaja ianya mudah didapati, malah dengan keenakan rasanya, ia pasti memikat hati penggemar ayam goreng. Namun, apa kata kali ini kita cuba sediakannya sahaja di rumah? Bukan sahaja ia lebih murah dan menjimatkan, malah anda juga boleh ubah bahan-bahannya mengikut kesukaan anda.

Bahan-bahan:

  • Setengah ekor ayam (atau mengikut saiz hidangan yang anda mahukan)
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • 2 sudu serbuk kari (ikan/ ayam)
  • 2 sudu serbuk cili
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 3 biji telur
  • 2 sudu pengganti tepung gandum (tepung kelapa, tepung oat, tepung kacang kuda, tepung rye dan tepung soya yang difermentasi)
  • 10 sudu kecil tepung beras

Cara penyediaan:

  1. Perapkan ayam sekejap atau semalaman dengan bahan perapan (serbuk cili, serbuk kari, lada hitam, gara dan telur).
  2. Untuk salutan tepung, campurkan tepung pilihan anda bersama tepung beras dan soda bikarbonat.
  3. Lumur ayam secara sebati dengan tepung kemudian goreng di dalam air fryer.
  4. Pastikan anda terbalikkan ayam dalam separuh tempoh masak.

Walaupun Resepi Ayam Goreng KFC ini tidak menggunakan kaedah menggoreng seperti biasa untuk mendapatkan kerak seperti ayam goreng yang dijual di restoran KFC, namun ini adalah cara lebih sihat sekiranya anda ingin mengurangkan penggunaan minyak masak.

Selamat mencuba!

SUMBER

https://saji.my

Home

Summary
recipe image
Recipe Name
Resepi Ayam Goreng KFC Versi Sihat
Published On
Tagged: