Tepung Bestari

Tepung bestari antara rahsia ayam goreng sebenar yang rangup lagi enak. Melihatkan ramai masyarakat hari ini yang menggemari hidangan ringkas untuk dijadikan lauk-pauk utama. Ayam goreng boleh dianggap sebagai makanan normal yang dinikmati bersama nasi dan lauk-pauk lain.

Biarpun ianya kelihatan ‘biasa’, ada cara istimewa yang boleh membuatkan hidangan ayam goreng jadi luar biasa iaitu dengan menukarkan cara menggorengnya. Ini kerana, Ayam goreng tidak hanya perlu diramukan dengan kunyit dan garam semata, ia juga boleh digoreng dengan salutan tepung enak! Umpamanya seperti hidangan ayam goreng KFC.

Tidak susah sebenarnya untuk mendapatkan ayam goreng yang memiliki rasa dan tekstur yang hampir sama dengan ayam KFC. Lebih-lebih lagi apabila bahan utamanya, iaitu bancuhan salutan tepungnya itu adalah berasaskan jenama tepung campuran yang betul. Sebab itu disini, saya hendak ketengahkan penggunaan tepung bestari!

Memandangkan sebilangan daripada kita mempunyai banyak masa di rumah musim-musim PKP ni, apa kata kita uji kebolehan memasak kita di rumah. Eh, bila lagi nak ada masa yang banyak macam ni kan? Jadi musim-musim beginilah kita perlu ambil dan penuhinya dengan aktiviti berfaedah seperti memasak. Untuk itu, jom lihat resepi serta cara-cara penyediaannya.

FoodPornMalaysia on Twitter: "Resepi Ayam Goreng Crispy Hot and Spicy Ala  KFC Bahan2 :- Ayam Tepung jenama BESTARI Tepung Gandum Tepung Beras Serbuk  Cili (jika perlu) Minyak Masak ***Resepi ni tak memerlukan

Bahan-Bahan:

  • Tepung Gandum
  • Tepung beras
  • Campuran Lapisan Ayam Goreng Bestari Crispy (Pedas)
  • Serbuk cili
  • Ayam


Tepung Bestari Rangup Tepung Goreng Serbaguna Pedas 1kg

RM 8.00

PERISA
ASLI / PEDAS / GARLIC
Cadangan Cara Penyediaan:

  1. Gaulkan kepingan ayam dengan campuran Tepung
    Goreng Rangup Serbaguna BESTARI dan udara. Memerapkan ayam selama 30minit.
  2. Salutkan kepingan ayam semula dengan campuran Tepung Goreng Rangup Serbaguna BESTARI.
  3. Gorengkan ayam di dalam minyak suhu 180 ° C jadi warna jadi keemasan.
    CADANGAN
    1KG campuran Tepung Goreng Rangup Serbaguna BESTARI boleh goreng lebih kurang 3KG ayam.

Langkah-Langkah Penyediaan:

  1. Masukkan bancuhan ayam goreng, tepung beras, serbuk cili dan air kemudian gaul rata di dalam mangkuk yang bersesuaian. Laraskan konsistensi supaya tidak terlalu tebal atau tidak terlalu cair.
  2. Kemudian, perap ayam dengan basuhan tersebut sebelum sejukkannya selama satu jam.
  3. Dalam mangkuk yang berasingan, masukkan sedikit campuran ayam goreng, tepung beras, tepung gandum dan serbuk cili.
  4. Seterusnya, lapis ayam yang telah diperap dalam campuran bahan kering ini sebelum menggorengnya.


Cap Ros Tepung Gandum 850g

RM 2.00

Sesuai untuk masakan, kek, biskut, dan roti pastri.
Kaedah Penyimpanan: Simpan di tempat kering yang sejuk, jauh dari cahaya dan bau yang kuat.
Menggunakan Maklumat Produk
Walaupun setiap usaha telah diambil untuk memastikan maklumat produk benar, produk makanan selalu dirumuskan semula, sehingga bahan, kandungan nutrisi, makanan dan alergen dapat berubah.


Erawan Brand Blended Rice Flour 1kg

RM 4.50

Tepung Beras Jenama Erawan mempunyai tekstur terbaik yang pernah anda temui di pasaran. Tekstur lembut dan rasa beras semulajadi yang dipelihara menjadikan produk kami pilihan terbaik untuk pelbagai jenis pencuci mulut dan biskut tradisional Malaysia.


BESTARI Serbuk Cili 100g

RM 3.50

BESTARI Serbuk Cili
Berat: 100g

  • Produk Malaysia / Buatan Malaysia
  • Disahkan halal oleh JAKIM
  • ISO 22000 diperakui
  • Produk berkualiti
  • Nilai untuk wang

Nota Kaki: Pastikan minyak masak panas dan mendidih sebelum menggoreng ayam sehingga berubah menjadi kuning keemasan.

Ha, ini barulah ayam goreng ala KFC yang sedap hingga menjilat jari. Guna tepung bestari je.

Selamat mencuba semuanya!

SUMBER

www.penangfoodie.com/spicy-fried-chicken-ayam-goreng-mcd-recipe/

www.recipes-food.com/35-bestari-crispy-fried-chicken-coating-mix-gif/

Summary
Resepi Ayam Goreng KFC Guna Tepung Bestari? Ni Caranya
Article Name
Resepi Ayam Goreng KFC Guna Tepung Bestari? Ni Caranya
Description
Tepung bestari antara rahsia ayam goreng sebenar yang rangup lagi enak. Melihatkan ramai masyarakat hari ini yang menggemari hidangan ringkas untuk dijadikan lauk-pauk utama. Ayam goreng boleh dianggap sebagai makanan normal yang dinikmati bersama nasi dan lauk-pauk lain.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: