ayam golek

Pasti ramai yang pernah merasai ayam golek yang lazat dan sedap. Harganya juga sudah mencecah ke RM25 seekor di pasar malam ataupun Kenny Rogers restoran. Mari kita cuba buat sendiri ayam golek di rumah sahaja dengan menggunakan resepi yang kami berikan ini. Modal yang diperlukan pun tidaklah terlalu banyak. Selamat mencuba !

Bahan-bahan (A) untuk perencah ayam:

  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar lada hitam tumbuk
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir @ gula perang
  • 2 sudu besar herba campuran (mixed herbs)
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan-bahan diatas
  • Sedikit mentega

Cara-cara penyediaan bahan (A) :

1. Campur dan gaul serata kesemua bahan-bahan diatas dengan sedikit air dan kisar.

2. Taburkan keseluruhan bahan tadi diluar dan di dalam ayam yang telah dibersihkan.

3. Perap selama 1 1/2 jam atau sehingga 3 jam maksimum untuk rasa yang enak.

4. Sapu sedikit mentega kepada keseluruhan lapisan atas ayam dan bakar/panggang.

5. Bakar di dalam oven bersuhu pada 180ºC selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak dengan warna keperangan yang cantik.

6. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering dan ada rasa juicy.

Bahan-bahan (B) untuk Sos Lada Hitam;

  • 1 1/2 cawan stok ayam atau jenis daging
  • 1/2 cawan susu segar (kepada yang nak kurangkan, pun boleh)
  • 4-5 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Sedikit batang celery yang dicincang halus
  • 1/2 biji bawang besar yang dicincang dadu
  • 2 sudu besar kicap manis (di mana ia bergantung kehitaman yang dikehendaki)
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 sudu kecil mentega/marjerin
  • 1/2 tin cendawan butang yang perlu dihiris
  • 2 sudu besar tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air
  • Garam dan gula jika perlu sahaja

Cara-cara penyediaan bahan (B) :

1. Mula-mula, panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang celery sehingga didih.

2. Kemudian tapis api untuk buang bawang dan juga celery. kalau tak nak tapis pun boleh juga. Ia perlu didihkan semula.

3. Kemudian masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang ke dalam masakan.

4. Selepas itu, masukkan garam dan gula mengikut citarasa anda.

5. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.

6.  Hidangkan sos cecah perisa lada hitam bersama ayam golek dan anda boleh nikmati ayam golek anda di rumah!

Source: http://resepi-oh-resepi.blogspot.com/2014/08/resepi-ayam-golek-sedap-dan-lazat.html

Summary
Resepi Ayam Golek paling terbaik yang perlu cuba!
Article Name
Resepi Ayam Golek paling terbaik yang perlu cuba!
Description
Sudah semestinya ramai yang pernah merasai ayam golek yang lazat dan sedap. Harga ayam golek ini juga sudah mencecah ke RM25 seekor di pasar malam ataupun Kenny Rogers restoran. Mari kita cuba buat sendiri ayam golek di rumah sahaja. Modal yang diperlukan pun tidak terlalu banyak.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: