Resepi Ayam Buttermilk Pedas Yang Pasti Membuatkan Anda Hendak Lagi Dan Lagi!
Hidangan ayam buttermilk semakin digilai ramai. Kalau macam itu, jom kita sediakan sendiri ayam buttermilk tapi versi yang agak pedas.

Resipi Ayam Buttermilk yang sungguh sedap dan anak-anak pasti suka. Cara nak buat pun agak mudah dan tidak memerlukan banyak bahan yang rumit. Sesuai jika digunakan ayam bahagian dada atau isi, tetapi boleh juga nak gunakan bahagian tulang yang lain.

Ayam perlu digoreng dulu bersama salutan tepung kemudian dimasukkan ke dalam kuah buttermilk. Rasanya, lemak, manis masin secukup rasa dan haruman dari daun kari sangat memikat selera.

Bahan-Bahan:

  • 2 ketul besar ayam, bahagian dada
  • 1/2 tin susu cair
  • 3 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
  • 4 sudu besar mentega
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 biji cili padi
  • Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:
    • 2-3 sudu besar tepung gandum
    • 1 sudu besar serbuk kari
    • 1 biji telur
    • Sedikit garam
    • Air secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
  2. Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
  3. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
  4. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  5. Cara-cara untuk ayam buttermilk:
    1. Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
    2. Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
    3. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Tips:

  • Kalau tak mahu pedas, jangan masukkan cili. Dan kalau anda mahu cara yang mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng, boleh juga gunakan tepung goreng serbaguna yang sedia ada di pasaran.

TEFAL COMFORT CHEF KNIFE 20CM WITH COVER

RM57.90

Pisau keselesaan penting untuk menggunakan peralatan dapur untuk pengguna yang sesekali memasak atau untuk orang dewasa muda yang bergerak dan membeli set pisau pertama mereka. Manfaat utama adalah pemegang zon selesa dan reka bentuk bilah khusus. Dilengkapkan dengan penutup pisau yang selamat untuk semua model. Rekabentuk lengkungan lebar pisau ini sangat sesuai digunakan kerana ia dicipta untuk melakukan potongan-potongan asas ketika memasak. Pisau tajam ini boleh memotong apa sahaja barangan masakan dengan tepat dan sempurna.

6 pcs Stainless Steel Measuring Spoons

RM32.60

Pengukuran yang tepat memastikan rasa makanan anda sempurna danseimbang. Kepala dan pemegang sudu bulat berada dalam keseimbangan berat badan yang sempurna. Penamat permukaan keluli tahan karat yang mempunyai lapisan satin sangat bagus untuk bahan kering dan cair. Bentuk yang elegan dengan Metrik Pengukuran Amerika, tahan lama dan tidak berkarat. Sudu pengukur ini juga sangat sesuai digunakan untuk membuat cake bagi megukur ketepatan bahan yang digunakan.

SUMBER

http://kongsiresepimudah.blogspot.com/2020/02/resepi-butter-chicken-pedas.html

Summary
recipe image
Recipe Name
Resepi Ayam Buttermilk Pedas Yang Pasti Membuatkan Anda Hendak Lagi Dan Lagi!
Published On
Tagged: