Resepi Ayam Butter Lemak Berkrim Yang Mudah Dan Enak
Jika anda mencari resepi ayam butter yang sedap dan kuah yang seperti cair dalam mulut anda, kami sarankan anda mengikuti resepi ini.

Jika anda mencari resepi ayam butter yang sedap dan kuah yang seperti cair dalam mulut anda, kami sarankan anda mengikuti resepi seperti di bawah ini. Ia bukan sahaja enak, tapi pasti membuatkan anda terliur dengan baunya sahaja.

Jom lihat cara penyediannya sekarang!

Bahan-bahan:

  • Isi ayam
  • 1 biji telur
  • 2-3 sudu mentega
  • 3-4 ulas bawang putih
  • Sedikit serbuk kari
  • Tepung gandum
  • Keju
  • Susu cair
  • Susu pekat manis
  • Daun kari
  • 2-3 tangkai cili padi
  • Sedikit minyak masak (gunakan minyak sihat seperti minyak zaitun dan jenis minyak yang bersesuaian)

Cara penyediaannya:

  1. Gaulkan isi ayam dengan serbuk kari dan sedikit garam bukit.
  2. Kemudian, celup ayam tadi ke dalam telur yang sudah dipecah dan digaul.
  3. Angkat dan gaulkan pula pada tepung gandum.
  4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali
  5. Goreng ayam yang sudah disalut tepung dan telur tadi.
  6. Apabila sudah agak garing, angkat dan toskan minyak lebihan.
  7. Dalam kuali berasingan, panaskan 2-3 sudu mentega.
  8. Tumis bawang putih dan cili padi yang telah dihiris seketika.
  9. Masukkan susu cair dan tambahkan sedikit susu pekat manis. Jangan letakkan terlalu banyak susu agar ia tidak terlalu manis.
  10. Tambah air sedikit dan masukkan keju yang anda potong kecik.
  11. Biarkan keju cair kemudian masukkan daun kari dan gaul sebati.
  12. Kemudian, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau dengan baik.
  13. Jika ia sudah cukup rasa, anda tidak perlu lagi menambahkan garam. Jika tidak, perasakan mengikut cita rasa anda.
  14. Tutup api dan hidangan ayam butter anda siap dihidangkan!

Selamat mencuba!

Kredit: Gambar diambil daripada sumber https://www.facebook.com/ResepiAyamButtermilk/

SUMBER

https://www.bidadari.my/resepi-ayam-butter-yang-wow-kebabom-sedap-gila

Summary
recipe image
Recipe Name
Resepi Ayam Butter Lemak Berkrim Yang Mudah Dan Enak
Published On
Tagged: