Ayam bijan
Resepi ayam bijan ini adalah melekit, manis, penuh dengan rasa dan sangat mudah untuk disediakan

Resepi ayam bijan ini adalah melekit, manis, penuh dengan rasa dan sangat mudah untuk disediakan. Lupakan hidangan di mana-mana restoran yang menghidangkan makanan ini kerana sekarang anda sudah boleh menghasilkan versi lebih sihat hanya dalam tempoh 20 minit.

  • Masa penyediaan – 10 minit
  • Masa memasak – 10 minit
  • Tahap – Mudah
  • Pengukuran: Metrik
  • Saiz hidangan: 4 orang

Peralatan yang diperlukan:

  • Kuali dalam (Wok)
  • Kuali leper (Skillet)

Bahan-bahan:

  • 454g dada ayam tanpa kulit dan tulang (potong 1/2 inci jalur atau kiub)
  • 2 sudu tepung jagung
  • Secubit garam & lada
  • 1 sudu minyak zaitun atau minyak bijan
  • Nasi putih yang telah masak untuk dihidangkan
  • Segenggam kecil daun bawang yang dicincang

– Bagi penyediaan sos

  • 3 sudu kicap soya
  • 2 sudu madu
  • 1 sudu kecil emping cili (tambah lebih banyak untuk lebih rasa pedas)
  • 1 sudu teh halia segar parut
  • 1 ulas bawang putih cincang
  • 2 sudu biji bijan
  • 1 sudu minyak bijan (pilihan)

Cara penyediaan:

  1. Dalam mangkuk bersaiz sederhana, campurkan kicap, madu, sos sriracha, halia, bawang putih, biji bijan dan minyak bijan. Kemudian, ketepikan.
  2. Dalam mangkuk yang besar pula, satukan ayam, tepung jagung dan secubit garam dan lada. Panaskan kuali besar di atas suhu yang tinggi sekurang-kurangnya 2 minit. Masukkan minyak dan ayam ke dalam kuali. Tumis ayam selama 5 hingga 6 minit atau hingga berwarna kekuningan. Masukkan sos dan biarkan sos mendidih selama 3 hingga 4 minit atau sehingga kuah menjadi pekat dan melekit.
  3. Keluarkan ayam dari kuali, taburkan dengan daun bawang yang dicincang dan lebih banyak biji bijan jika anda mahu. Hidangkan dengan nasi putih yang panas atau mi mengikut kesukaan anda.

Selamat mencuba resepi ayam bijan!

Summary
Recipe Name
Resepi Ayam bijan yang sihat
Published On
Preparation Time
Cook Time
Total Time
Tagged: