Ayam bakar madu

Resepi ayam bakar madu adalah resepi yang biasa digunakan oleh orang-orang Melayu dan Asia. Selain mempunyai rasa yang lazat, ayam bakar madu juga boleh didapati di restoran-restoran termasuk di kawasan luar bandar.

Bagi anda yang ingin cuba memasak ayam panggang madu di rumah, resepi yang sangat mudah yang disertakan di bawah ini adalah untuk anda.

Jom kita lihat bahan dan cara membuatnya.

Bahan – bahan yang diperlukan dalam resepi ayam bakar madu:  

  • 3 sudu sos tiram
  • 4 sudu madu
  • 2 ketul dada ayam
  • Sedikit serbuk cili
  • 1 inci halia yang telah ditumbuk
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • 4 ulas bawang putih yang telah ditumbuk

Cara-cara penyediaan resepi ayam bakar madu :

  1. Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah bersihkan semua bahan masakan termasuk alatan memasak yang akan digunakan.
  2. Seterusnya, sediakan bawang putih, sos tiram, madu, dan juga serbuk cili. Masukkan semua bahan tersebut ke dalam bekas dan gaulkan.
  3. Potong dada ayam kepada beberapa bahagian dan perapkan dengan bahan-bahan yang telah anda sediakan tadi selama 3 jam. Jika anda perap ayam dengan lebih lama, rasa ayam bakar madu anda akan lebih sedap.
  4. Panaskan ketuhar anda pada suhu 200°C. Setelah ketuhar anda siap dipanaskan, masukkan ayam yang telah diperap dan bakar selama 20 minit.
  5. Selepas 20 minit, periksa sekiranya ayam sudah masak sepenuhnya. Jika sudah betul-betul masak, angkat dan rehatkan sebentar.
  6. Hidangkan di dalam pinggan dan ayam bakar madu yang mudah dan lazat sedia untuk dimakan.

TIPS:

Anda boleh juga gunakan bahagian kepak selain dada ayam. Ini terpulang pada citarasa dan selera masing-masing, nak guna bahagian yang mana pun boleh sahaja. Jadi anda apa tunggu lagi, cuba resepi ayam bakar madu ini sekarang. Selamat mencuba!

Source:

https://buatoranglapo.com/2020/05/11/ayam-bakar-madu/

Tagged: