asam pedas
Asam Pedas adalah hidangan klasik Malaysia. Tanyakan kepada mana-mana tukang masak di Malaysia – Melayu, Cina, atau India– dan anda pasti akan mendapat pelbagai resipi untuk Assam Pedas.

Asam Pedas adalah hidangan klasik Malaysia. Bertanyakan kepada mana-mana tukang masak di Malaysia – Melayu, Cina, atau India– dan anda pasti akan mendapat pelbagai resipi untuk Assam Pedas.

Setiap orang mempunyai tafsiran mereka sendiri untuk hidangan kegemaran ini dan terdapat penyesuaian yang tidak berkesudahan; kata mudah ia masakan yang masam, panas, dan rasanya sangat memuaskan.

Resepi ini hanya mengandungi 213 kalori bagi setiap hidangan.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan bawal, 1/2 paun hingga 1 paun
  • 10 batang bendi kecil
  • 1 biji tomato, potong empat
  • 1 sudu teh serbuk kari ikan
  •  2 tangkai daun kesum
  • 1 sudu besar gula melaka (kurangkan penggunaannya untuk versi lebih sihat)
  • Garam secukup rasa

Bahan Rempah:

  • 1 tangkai serai, bahagian putih sahaja
  •  4 biji bawang merah
  • 8-10 cili kering (bergantung pada seberapa pedas yang anda mahukan)
  •  1/2 sudu besar belacan, pes udang
  • Jus tamarind
  • 1 1/4 cawan air
  • Asam jawa, ukuran sebesar bola ping pong kecil

Cara penyediaan:

1. Kisar bahan rempah sehingga menjadi pes dan ketepikan.

2. Rendam asam jawa dalam air suam selama 15 minit. Picit asam jawa sehingga tiada lagi asam jawa yang melekat pada bijinya dan kemudian bijinya dibuang.

3. Panaskan minyak dan tumis pes rempah selama 2 minit atau hingga naik wangi.

4. Masukkan jus asam jawa, serbuk kari ikan dan didihkan.

5. Masukkan tomato, bendi dan daun kesum dan didihkan.

6. Masukkan ikan, garam, dan gula Melaka yang telah dihancurkan.

7. Didihkan dengan api kecil selama 5 minit atau sehingga ikan dimasak.

8. Hidangkan asam pedas anda dengan nasi panas.

SUMBER

Assam Pedas Fish

Summary
Resepi asam pedas yang asli
Article Name
Resepi asam pedas yang asli
Description
Asam Pedas adalah hidangan klasik Malaysia. Tanyakan kepada mana-mana tukang masak di Malaysia – Melayu, Cina, atau India– dan anda pasti akan mendapat pelbagai resipi untuk Assam Pedas.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: