resepi apam susu

Resepi apam susu merupakan antara resepi apam yang popular sebagai hidangan minum petang dan juga sarapan pagi. Biasanya dihidang bersama teh o panas atau Milo panas.

Apam susu biasanya hadir dalam pelbagai jenis bentuk dan warna. Sangat cantik ditambah pula dengan rasanya yang enak. Penggunaan telur yang banyak menghasilkan apam susu yang gebu.

Selain itu, apam susu sangat digemari oleh kanak-kanak kerana rasanya yang manis dan teksturnya yang gebu. Hati kanak-kanak mana yang tidak terpikat dengan makanan sebegitu rupa, kan?

Oleh itu, kali ini kami sediakan untuk anda 3 resepi apam susu yang mudah untuk anda sediakan. Bolehlah anda cuba buat di rumah bersama-sama dengan anak-anak anda. Jom kita belajar 3 resepi apam susu yang sedap dan gebu ini.

RESEPI APAM SUSU SEDAP

Bahan – bahan A:

  • 4 bji telur (suhu bilik)
  • 1 sudu besar ovalette (suhu bilik)
  • 3 sudu besar susu pekat manis (suhu bilik)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan gula

Nota: Kesemua bahan diatas ini dicampurkan sehingga putih dan ringan menggunakan mixer

Bahan-bahan B:

Kaedah penyediaan:

  1. Apabila sudah siap gaulkan kesemua bahan A diatas, masukkan dua cawan tepung gandum dan gaul (dengan kaedah kaup balik) sehingga sebati.
  2. Tambahkan bahan B iaitu tepung gandum jenama Rose ke dalam adunan bahan A tadi.
  3. Gaulkan secara merata.
  4. Sediakan pengukus. Masukkan adunan ke dalam bekas dan masukkan bekas yang mengandungi adunan apam susu tersebut ke dalam pengukus.
  5. Kukuskan apam susu anda selama kira-kira 30-40 minit atau sehingga ia kembang dengan baik.
  6. Keluarkan dan sedia untuk dihidangkan.

RESEPI APAM SUSU PEKAT MANIS GUNA BLENDER

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur gred A
  • 4 sudu makan susu pekat manis
  • 2/3 cawan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu makan membukit ovalette
  • 2 cawan tepung gandum yang diayak 2 kali untuk tekstur halus mulus

Kaedah penyediaan:

  1. Blend telur, susu, gula, esen vanilla, oveletter sehingga kembang.
  2. Kemudian tuang ke dalam bekas dan masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum yang diayak tadi. Kacau sehingga sebati. Tak perlu kuat untuk elakkan buih udara pecah.
  3. Asingkan adunan ke dalam 3 ke 4 bekas. Warnakan ikut warna kesukaan. Boleh juga letak perasa  yang anda mahu seperti coklat, vanilla atau pandan.
  4. Masukkan dalam loyang 9-10 inci atau acuan secara selang seli untuk dapatkan corak pelangi atau sebelah menyebelah. Jangan lupa sapu marjerin untuk mengelakkannya lekat.
  5. Panaskan periuk kukus sehingga air mendidih. Kemudian kukus selama 40 minit atau sehingga masak.
  6. Sejukkan seketika sebelum dikeluarkan dan dipotong.

RESEPI APAM SUSU OREO

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur*
  • 1 cawan gula*
  • 1 sudu besar ovellet*
  • 1 sudu kecil  esen vanilla*
  • 2 sudu besar susu pekat*
  • 2 cawan tepung gandum
  • Beberapa keping Oreo (dihancurkan)
  • Pewarna hijau

Kaedah Penyediaan:

  1. Blander/mix semua bahan bertanda * hingga gebu atau bertukar warna putih.
  2. Kemudian masukkan bahan ke dalam bekas dan campurkan dengan tepung gandum dan kacau rata.
  3. Lalu bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian campurkan serbuk oreo yang sudah dihancurkan, 1 bahagian lagi masukkan pewarna hijau.
  4. Sapukan minyak pada acuan terlebih dahulu kemudian masukkan adunan warna hijau dan ratakan ke sekeliling acuan.
  5. Terus masukkan adunan warna putih dan oreo pulak.
  6. Ratakan. Kukus selama 30 minit.
  7. Siap.

RESEPI APAM SUSU TANPA TELUR

Bahan-bahan:

  • Satu paket yis jenama mauripan (yis aktif)
  • Satu setengah cawan air suam
  • Dua cawan setengah tepung gandum
  • Setengah cawan gula

Kaedah Penyediaan:

  1. Campurkan setengah cawan air suam dengan yis mauripan. Kacau kejap dan biar yis naik buih.
  2. Dikala menanti yis berbuih, masukkan tepung gandum dan gula ke dalam bekas.
  3. Gaul rata dan sebati.
  4. Masukkan yis yang sudah berbuih tadi
  5. Masukkan secawan air suam
  6. Kacau sampai sebati.

Yang mana satukah resepi pilihan anda? Sila kongsi hasil resepi anda di media sosial supaya resepi ini dapat dikongsi dengan lebih ramai orang. Selamat mencuba!

Sumber:

https://m.tarladalal.com/milk-apam-very-soft-15616r

https://saji.my/resepi-apam-susu-gebu/

https://daridapur.com/resepi-apam-susu-kukus-2/

https://keksedapmudah.blogspot.com/2018/12/resepi-apam-oreo.html

Tagged: