Aiskrim Malaysia

Aiskrim Malaysia yang dihidang dalam plastik silinder jenih dan disimpul pada hujungnya ini sangat popular. Terutamanya dalam kalangan masyarakat Malaysia dan juga di Singapura!

Ini adalah aiskrim tradisional kita sendiri yang benar-benar unik. Aiskrim hebat ini tidak lagi terdapat dalam bungkusan asalnya. Aiskrim kini dihasilkan secara komersil dalam pek moden dan selesa. Pada masa ini, anak-anak kita dimanjakan dengan pilihan beratus-ratus ais krim berperisa yang lengkap dengan sos dan topping yang pelbagai!

Mungkin untuk membezakan perbezaan antara aiskrim tempatan kita sendiri dan yang diambil dari negara-negara barat, aiskrim ini mendapat jolokan Aiskrim Malaysia. Selama bertahun-tahun, ais krim ini telah ditambah baik dan dikenali sebagai “Ais Krim Potong”.

Pembungkusan plastik telah diubah menjadi ais krim gaya popsicle pada sebatang kayu. Yang paling hampir dengan ais krim gaya tradisional ini adalah yang dijual di pasar malam, ais krim dengan perisa tempatan seperti Pulut Hitam, Kacang Merah, Durian, Kacang Hijau dan Jagung, yang dibuat dalam dulang besar, kemudian dipotong menjadi bentuk segi empat tepat ketika dibekukan, oleh itu ia dipanggil Ais Krim Potong  dan hanya dicucuk melalui pertengahan dengan tongkat ais krim semasa pelanggan membelinya.

Berikut merupakan resipi Aiskrim Malaysia yang boleh anda cuba buat dirumah! Resipi ini agak unik kerana ianya boleh divariasikan dengan pelbagai perisa walaupun bahan asasnya adalah sama. Resipi ini boleh digunakan untuk membuat lebih kurang 65 batang Aiskrim Malaysia.

RESEPI AISKRIM MALAYSIA

Pengalaman Jual Aiskrim, Untungnya Memang Besar

Bahan-Bahan (1):

  • Air Biasa – 2500gram
  • Susu Cair Carnation – 1 tin
  • Susu Pekat Manis F&N – 1 tin

Bahan-Bahan (2):

  • Garam – 1 sudu kecil
  • Gula – 3 senduk kecil (ikut citarasa masing-masing. lebihkan sekiranya gemar rasa manis)

Bahan-Bahan (3):

  • Tepung jagung – 2 sudu besar
  • Serbuk Vanilla (vanilla powder) – 4 sudu kecil

Cara-Cara Penyediaan:

  1. Gunakan api sederhana untuk masak bahan (1). Bagi mengelakkan susu daripada menjadi hangit dan membuak, sentiasa kacau bahan tersebut ketika memasaknya.
  2. Masukkan bahan (2) ketika bahan (1) telah mengeluarkan wap. Pastikan bahan (2) betul-betul mendidih sebelum ke langkah seterusnya.
  3. Setelah itu, masukkan bahan (3). Masakkan bahan tersebut sehingga mendidih.
  4. Sejukkan susu yang telah dimasak.

Sementara menunggu susu yang panas tersebut sejuk, anda boleh menyediakan bahan-bahan atau filling untuk aiskrim Malaysia pelbagai perisa.

  • Blueberry – Disarankan untuk menggunakan blueberry topping yang jenis licin berkilat bagi mengelakkan blueberry tersebut bercampur dengan air susu.
  • Coklat Vanilla – Gunakan coklat spread untuk rasa coklat pekat dan lazat.
  • Vanilla Oreo – Patahkan sekeping biskut oreo menjadi kepingan-kepingan kecil.
  • Dynamite Peppermint – Sedikit perisa peppermint ditambahkan dalam air susu yang telah dimasak itu tadi. Letakkan pewarna hijau atau biru untuk kelihatan menarik. Sebiji gula-gula dynamite boleh ditumbuk dan dimasukkan sekiranya mahu (optional).
  • Bandung – Letakkan esen sirap cap ros. Boleh letakkan cincau atau selasih sekiranya mahukan lebih perisa yang lazat.

Mudah bukan untuk membuat Aiskrim Malaysia? Anda juga boleh membuatnya sebagai snek sewaktu petang, terutamanya ketika cuaca panas ini. Selamat mencuba!

SUMBER

https://www.hasrulhassan.com/2016/10/pengalaman-jual-aiskrim-untungnya-besar.html

http://mycookinggallery.blogspot.com/2011/02/traditional-ice-cream-malaysia.html

http://www.keluarga.my/patutlah-lebih-gebu-dan-sedap-ini-resipi-aiskrim-malaysia-enam-perisa-mesti-tahu/

Summary
Resepi Aiskrim Malaysia Yang Harus Dicuba!
Article Name
Resepi Aiskrim Malaysia Yang Harus Dicuba!
Description
Aiskrim Malaysia yang dihidang dalam plastik silinder jenih dan disimpul pada hujungnya ini sangat popular. Terutamanya dalam kalangan masyarakat Malaysia dan juga di Singapura!
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: