renew lesen online

Renew lesen online? Dengan perlaksanaan perintah kawalan pergerakan 3.0 ramai yang pening memikirkan tempoh lesen akan tamat tak lama lagi, penulis amat memahami kebimbangan yang melanda rakyat Malaysia kali in apa bila bercerita tentang lesen. Tetapi tahukah anda bahawa lesen boleh di renew secara online?

Untuk makluman anda kelonggaran Memperbaharui Lesen Memandu & Roadtax hingga 31 Julai 2021 (Untuk mereka yang akan tamat tempoh pada 1 Jun – 30 Julai 2021)

Bagi Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) (termasuk PSV/GDL) yang akan tamat tempoh dari 1 Jun hingga 31 Julai 2021, diberikan kelonggaran untuk memperbaharui LKM dan LMM mulai 1 Ogos hingga 30 September 2021.

Walaubagaimanapun, orang ramai perlu memastikan kenderaan memiliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan (e-cover note insurance) kepada anggota penguatkuasa sekiranya diminta. Walaupun pejabat JPJ dibuka semasa PKP, tapi penulis amat memahami yang sekarang bukanlah masa yang tepat untuk berada diluar rumah

Disini penulis berkongsikan cara renew lesen online yang dipetik dari portalmalaysia.com. Untuk perbaharui lesen memandu anda, terdapat 2 cara, iaitu melalui MySikap ataupun melalui MyEG.

Untuk melalui MySikap, sila ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Layari laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) ; https://www.jpj.gov.my/en/web/main-site/utama 
  2. Boleh skroll ke bahagian bawah portal dan tumpukan perhatian pada bahagian MySikap pada bahagian kiri portal.
  3. Klik pada “Register” bahagian papan kenyataan yang bertulis “Public”
  4. Setelah itu, anda akan di bawah ke bahagian portal MySIKAP. Anda dikehendaki untuk melakukan pendaftaran kali pertama. Pada pendaftarkan kali pertama, anda akan diberikan kata laluan sementara untuk log in ke portal MySIKAP melalui email anda.
  5. Selepas log masuk, anda dikehendaki untuk melengkapkan maklumat dan menukar kata laluan tetap yang baru bagi menggantikan kata laluan sementara tadi.
  6. Setelah selesai, log masuk semula dengan kata laluan tetap, dan anda akan di bawah ke laman utam MySikap seperti dibawah, klik bahagian lesen memandu.
  7. Kemudian, anda klik pada “Pembaharuan Lesen Memandu”
  8. Pilih lesen anda yang ingin diperbaharui, dan tempoh jangka hayat lesen anda.
  9. Selepas itu, anda akan dibawa ke bahagian maklumat diri anda. Sila teliti maklumat terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran.
  10. Apabila selesai, boleh buat pembayaran dengan cara klik ”bayar”.
  11. Selesai sudah, anda perlu cetak bukti pembayaran anda untuk rujukan pihak JPJ jika nak ambil lesen nanti.
  12. Semoga anda berjaya!

Untuk melalui MyEG, sila ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Layari website https://www.myeg.com.my/
  2. Pilih ‘Jabatan Pengangkutan Jalan’ (JPJ)
  3. Pilih ‘Perbaharui Lesen Memandu’
  4. Isi maklumat peribadi anda
  5. Lakukan pembayaran.

Bagi sesiapa yang mempunyai masalah internet ataupun terdapat beberapa masalah yang menyebabkan renew lesen secara online bermasalah, maka penulis turut sertakan cara renew lesen melalui Pejabat Pos,JPJ dan UTC juga.

Cara renew lesen di Pejabat Pos

  1. Hadir ke mana-mana rangkaian Pejabat Pos Malaysia berhampiran anda di seluruh Malaysia. Hadir awal untuk mengelakkan anda terpaksa menunggu lama;
  2. Ambil nombor giliran atau beratur;
  3. Serahkan dokumen yang diperlukan (kad pengenalan, lesen asal dan slip lesen – untuk pembaharuan kali pertama) kepada petugas di kaunter;
  4. Lakukan pembayaran dan tunggu pengesahan;
  5. Terima lesen baharu.

Cara renew lesen di JPJ

  1. Hadir ke Jabatan Pengangkutan Jalan cawangan atau negeri berhampiran anda. Hadir awal untuk mengelakkan anda terpaksa menunggu lama;
  2. Ambil nombor giliran atau beratur;
  3. Serahkan dokumen yang diperlukan (kad pengenalan, lesen asal dan slip lesen – untuk pembaharuan kali pertama) kepada pegawai bertugas;
  4. Lakukan pembayaran dan tunggu pengesahan;
  5. Terima lesen baharu.

renew lesen di UTC atau pusat transformasi bandar

Berikut adalah pusat transformasi bandar yang penulis sertakan.

  1. UTC Pahang, Pahang
  2. UTC Terengganu, Terengganu
  3. Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak, Perak
  4. UTC KL, Kuala Lumpur
  5. Mini UTC Keramat, Kuala Lumpur
  6. Mini UTC Sentul, Kuala Lumpur
  7. UTC Melaka, Melaka
  8. UTC Johor, Johor
  9. Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah, Kedah
  10. Mini UTC Sungai Petani, Kedah
  11. Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuching, Sarawak
  12. UTC Sibu, Sarawak
  13. UTC Miri, Sarawak
  14. Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sabah, Sabah
  15. UTC Tawau, Sabah

Namun begitu, penulis amat menggalakkan anda renew lesen memandu secara atas talian kerana lebih mudah dan selamat memandangkan virus Covid-19 makin lama makin mengganas.

Sumber

https://harianpost.my/renew-roadtax-lesen-pkp-3-0/

https://www.portalmalaysia.com/mysikap-jpj-renew-lesen/

https://www.carsome.my/news/item/perbaharui-lesen-memandu-dalam-talian

Summary
Renew lesen online semasa PKP
Article Name
Renew lesen online semasa PKP
Description
Renew lesen online? Dengan perlaksanaan perintah kawalan pergerakan 3.0 ramai yang pening memikirkan tempoh lesen akan tamat tak lama lagi, penulis amat memahami kebimbangan yang melanda rakyat Malaysia kali in apa bila bercerita tentang lesen. Tetapi tahukah anda bahawa lesen boleh di renew secara online?
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: