rawatan awal coronavirus boleh selamatkan nyawa
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, rawatan awal Coronavirus amat penting bagi mengurangkan risiko komplikasi COVID-19 yang mengancam nyawa.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, rawatan awal Coronavirus amat penting bagi mengurangkan risiko komplikasi COVID-19 yang mengancam nyawa.

Menurut beliau, secara umumnya kadar kematian yang dicatatkan di Malaysia kebanyakannya melibatkan warga emas berumur 70 tahun ke atas dan individu yang mempunyai penyakit kronik lain seperti kencing manis dan darah tinggi. Melalui rekod tersebut, dapat disimpulkan bahawa umur dan penyakit kronik berkemungkinan meningkatkan risiko komplikasi penyakit COVID-19.

Walau bagaimanapun, risiko kematian masih boleh dikurangkan sekiranya rawatan awal Coronavirus dilakukan. Maksudnya, pesakit datang lebih awal untuk menjalani ujian di hospital. Sementelah itu, beliau menerangkan bahawa COVID-19 mempunyai lima peringkat:

Peringkat 1 – Asimptomatik tetapi positif. Pesakit tidak menunjukkan sebarang simptom namun disahkan menghidap COVID-19.

Peringkat 2 – Hanya menunjukkan simptom yang ringan dan disahkan positif COVID-19.

Peringkat 3 – Mempunyai simptom seperti pneumonia tetapi tidak memerlukan bantuan oksigen.

Peringkat 4 – Kesukaran bernafas namun tidak memerlukan bantuan oksigen.

Peringkat 5 – Mengalami kesukaran bernafas dan memerlukan bantuan oksigen.

Seperti yang diketahui umum, majoriti kes positif dan kematian COVID-19 di Malaysia terdiri daripada peserta tabligh dan individu yang pernah berhubung dengan mereka. Seperti yang dilaporkan oleh Menteri Kesihatan, kebanyakan daripada mereka datang ke hospital sewaktu sudah berada di peringkat 3 atau peringkat 4.

Malahan, ada juga yang sudah mengalami simptom kesukaran bernafas dan memerlukan bantuan pernafasan. Jadi, keadaan mereka menjadi semakin parah hinggalah mencecah peringkat 5, di mana mereka semakin sukar untuk diselamatkan. Oleh yang demikian, kelewatan mendapatkan rawatan ini merupakan salah satu punca peningkatan kadar kematian yang direkodkan di Malaysia.

Kesimpulannya, rawatan dan intervensi awal amatlah penting bagi mengurangkan risiko komplikasi Coronavirus yang boleh mengancam nyawa. Pastikan anda sentiasa peka dengan keadaan anda serta simptom-simptom yang dialami dan dapatkan nasihat perubatan daripada pihak kesihatan yang bertauliah. Jika anda mengesyaki diri anda mempunyai simptom-simptom Coronavirus, bertindaklah segera kerana rawatan awal Coronavirus boleh meningkatkan peluang hidup anda.

SUMBER

https://www.thestar.com.my/opinion/letters/2020/04/13/mass-early-treatment-of-covid-19-will-save-lives-time-and-cost

https://orangkata.my/isu-semasa/ini-cara-malaysia-tangani-covid-19-fokus-saringan-dan-ujian-ubat-baharu/

Summary
Tindakan cepat boleh menyelamatkan nyawa - Ketua Pengarah KKM
Article Name
Tindakan cepat boleh menyelamatkan nyawa - Ketua Pengarah KKM
Description
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, rawatan awal Coronavirus amat penting bagi mengurangkan risiko komplikasi COVID-19 yang mengancam nyawa.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: