Apam Gula Hangus

Apam Gula Hangus, kuih tradisional melayu yang telah menjadi salah satu juadah yang disediakan sebagai pembuka selera, manisan ataupun makanan ringan.

Selain daripada nasi lemak, nasi ayam laksa dan juadah lain yang terkenal dengan rasanya, terdapat juga makanan bersaiz kecil daripada dapur masyarakat Melayu tradisional yang sangat bernilai iaitu kuih-muih.

Kuih tradisional Melayu mempunyai terma yang meluas yang merangkumi pelbagai jenis makanan bermula dari pastri yang sedap sehingga ke hidangan kukus dan panggang, di mana kesemuanya mempunyai rasa gurih atau manis yang unik.

RESEPI APAM GULA HANGUS KUKUS

Bahan-bahan:

  • Gula hangus
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar mentega atau marjerin
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 & 1/2 cawan tepung gandum

Cara-cara:

  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air dan disejukkan.
  2. Di dalam pengisar atau pemproses makanan, masukkan telur, minyak, susu pekat dan mentega/marjerin. Kisar kesemua bahan ini selama 3 minit.
  3. Gaulkan gula hangus yang telah disejukkan bersama soda bikarbonat, kemudian masukkan ke dalamm pengisar dan kisar sekali lagi.
  4. Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan kisar sehingga sebati.
  5. Kukus adunan ke dalam loyang telah dioles dengan minyak masak selama 45 minit.
  6. Anda juga boleh gunakan acuan yang lebih kecil dan kukus apam gula hangus anda selama 15 minit.
  7. Sekiranya adunan anda sedikit cair, boleh tambah tepung gandum untuk mengelak adunan jatuh dan basah di bahagian bawah.

RESEPI APAM GULA HANGUS DAN TOFI SARANG LEBAH

Bahan-bahan A: tofi sarang lebah

  • 400g gula
  • 1/2 cawan sirap jagung
  • 2 sudu besar madu
  • 56ml air
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar soda bikarbonat (diayak)
  • Garam flaky (hiasan)

Bahan-bahan B: kek sarang semut

  • 1 cawan gula pasir
  • 235ml air
  • 160g tepung roti
  • 3/4 sudu teh serbuk penaik
  • 3/4 sudu teh soda bikarbonat
  • 125g susu pekat manis
  • 4 sudu besar mentega tanpa garam (dicairkan dan disejukkan)
  • 5 biji telur
  • 2 sudu teh esen vanila

Cara-cara:

Tofi sarang lebah:

  1. Alaskan loyang 9” x 9” anda dengan kertas minyak.
  2. Panaskan periuk besar pada api sederhana dan masukkan gula, sirap jagung, madu dan air.
  3. Kacau sebati dan sediakan termometer segera. Tanpa mengacau, biarkan adunan tadi mendidih sehingga mencecah suhu 150˚C selama 5 minit.
  4. Alihkan periuk daripada api dan masukkan esen vanila serta soda bikarbonat. Hati-hati ketika mengacau pada kelajuan tinggi keranaa adunan ini akan berbuih dan mengembang. Jangan kacau secara berlebihan, ia mengambil masa selama 5 minit.
  5. Dengan senduk kayu, tuang adunan tadi dengan berhati-hati ke dalam loyang yang telah disediakan dan tabor sedikit garam flaky di atasnya. Sejukkan sepenuhnya di dalam loyang, lebih kurang 2 jam.
  6. Setelah sejuk, tanggalkan kertas minyak dan patahkan tofi menggunakan tangan (atau pangkal pisau) kepada beberapa bahagia besar. Patahkan sekali lagi kepada saiz gigitan, juga simpan sebahagian kecil yang pecah secara rawak. Simpan di dalam bekas kedap udara sehingga 5 hari.

Kek sarang semut:

  1. Sediakan semangkuk air berais. Sediakan gula di dalam periuk pada api sederhana. Gerakkan periuk untuk ratakan gula dan tanpa menyentuhnya, biarkan gula mencair dan larut sehingga bertukar kepada warna perang, tuangkan separuh air dan kacau sebati.
  2. Hati-hati kerana proses ini akan menyebabkan gula berbuih dan merecik. Tambahkan sebahagian lagi air dan kacau. Pindahkan larutan gula ke dalam air berais dan biarkan sejuk.
  3. Masukkan tepung roti dan kacau sehingga sebati, diikuti dengan mentega yang dicairkan. Tuang larutan gula yang disejukkan dan kacau lagi. Tapis adunan ini ke dalam mangkuk bersih dan tutup. Biarkan ia pada suhu bilik selama satu jam.
  4. Panaskan ketuhar pada suhu 180˚C. Alaskan loyang kek bulat bersaiz 8” dengan kertas minyak dan oles sedikit minyak pada loyang dan juga bahagian bawah kertas minyak, ketepikan. Bila adunan telah cukup rehat, kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang bulat tersebut.
  5. Bakar kek selama 30 hingga 35 minit, sehingga bahagian tengah tidak bergoyang dan bahagian atasnya berkubah serta berubah ke warna perang gelap. Sejukkan kek sepenuhnya di dalam loyang sebelum dikeluarkan.
  6. Tabur serpihan tofi ke atas kek setelah ia sejuk. Baki kek boleh disimpan di dalam bekas kedap udara pada suhu bilik sehingga 5 hari.

RESEPI APAM GULA HANGUS KAMPUNG

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air suam
  • 1 cawan gula merah
  • 2 sudu besar gula putih
  • 1 paket yis segera

Cara-cara:

  1. Campur gula merah bersama air suam bersama sehingga gula larut.
  2. Di dalam mangkuk yang berbeza, masukkan tepung gandum yang telah diayak, yis segera dan gula putih. Pukul sehingga sebati.
  3. Tapis campuran gula merah tadi ke dalam campuran tepung. Gaul sebati selama satu jam sehingga ia kembang.
  4. Oleskan loyang anda dengan minyak dan masukkan adunan.
  5. Kukus selama 1 jam 30 minit atau sehingga apam masak sepenuhnya.
  6. Hidang apam anda bersama kelapa parut yang dikukus dan diperasakan dengan garam.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, kuih biasanya diambil dan dimakan menggunakan tangan sahaja. Tiada sebarang peralatan makanan diperlukan kerana kuih lebih sedap dinikmati dengan tangan.

Hasilnya, kuih-muih adalah makanan ringan yang serba boleh dan boleh dinikmati di mana jua. Seni ketika membuat apam gula hangus yang menjadikannya salah satu pencuci mulut kegemaran masyarakat setempat.

SUMBER:

https://journalofethnicfoods.biomedcentral.com/articles/10.1186/s42779-020-00056-2

https://www.gordonramsay.com/gr/recipes/honeycombcake

https://www.rasa.my/resipi-apam-kampung-gula-merah-paling-mudah-sedap/

https://www.thestar.com.my/lifestyle/food/features/2014/07/20/snack-attack-malaysian-kuih

Summary
Rasakan Perbezaan Apam Gula Hangus Ini
Article Name
Rasakan Perbezaan Apam Gula Hangus Ini
Description
Apam Gula Hangus, kuih tradisional melayu yang telah menjadi salah satu juadah yang disediakan sebagai pembuka selera, manisan ataupun makanan ringan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: