Ramen Daging Keto
Ramen daging keto ini sangat sihat kerana ia tidak mengandungi karbohidrat.

 Ramen Daging keto ini sangat sihat kerana ia tidak mengandungi karbohidrat. Jadi, ia sesuai untuk anda yang mengamalkan diet keto. Mari cuba resepi yang lazat ini!

  • Masa penyediaan – 15 minit
  • Masa memasak – 35 minit
  • Tahap: Sederhana
  • Saiz hidangan: 2 orang

Peralatan yang diperlukan:

  • Kuali besar
  • Periuk besar

Bahan-bahan:

  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 sudu besar sos cili sriracha
  • 325g daging lembu, dihiris tipis
  • 2 biji telur
  • 2 1/2 sudu besar minyak kelapa atau minyak zaitun (pilih jenis minyak sihat)
  • Garam dan lada, secukup rasa
  • 275g bok choy, dicincang
  • 225g mi Konjac atau mi zucchini
  • 475ml stok daging lembu
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 125g daun bawang, dicincang
  • 1 sudu besar (10g) bijan
  • 4 sudu besar daun ketumbar segar, dicincang
  • 1/2 sudu teh hirisan cili

Cara penyediaan:

  1. Campurkan bawang putih dan sos sriracha dalam mangkuk besar. Masukkan daging lembu dan kacau hingga rata.
  2. Ketepikan untuk diperap selama sekurang-kurangnya 10 minit.
  3. Masukkan telur dan air dalam periuk dan rebus telur sehingga air mendidih dan selama 5 minit untuk telur separuh masak dan 8 minit untuk telur rebus biasa.
  4. Pindahkan telur ke dalam air ais selama 2 minit, untuk mengelakkannya daripada terus masak. Malah, ia juga boleh dikupas dengan lebih mudah!
  5. Tuangkan minyak kelapa ke dalam kuali yang besar, dan panaskan di atas api sederhana.
  6. Perasakan kuali dengan sedikit garam dan lada, kemudian tambahkan bok choy, kacau sehingga sayur menjadi agak rangup. Keluarkan bok choy dari kuali dan ketepikan.
  7. Masukkan daging lembu tadi ke dalam kuali, dan masak sehingga berwarna keperangan. Pindahkan ke atas pinggan.
  8.  Bilas mi dengan air sejuk.
  9. Dalam periuk besar, masukkan stok daging lembu, dan masak sehingga mendidih. Kurangkan haba dan tambahkan mi. Rebus selama beberapa minit.
  10. Alihkan periuk dari dapur, tambah minyak bijan dan kacau.
  11. Letakkan daging serta sayur goreng dalam mangkuk. Masukkan mi dan kuah ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan bijan, kepingan telur rebus, dan daun ketumbar.
  12. Sebagai tambahan, tuangkan sos sriracha atau serpihan cili jika anda suka makanan pedas!

Selamat mencuba!

Summary
Recipe Name
Ramen Daging Keto
Published On
Preparation Time
Cook Time
Total Time
Tagged: