Rahsia Kecantikan Yang Boleh Diikuti Daripada Selebriti Terkenal Malaysia
Anda pasti tertanya-tanya apakah rahsia kecantikan selebriti terkenal di Malaysia yang membuatkan mereka tampil jelita sepanjang masa dan waktu.

Anda pasti tertanya-tanya apakah rahsia kecantikan selebriti terkenal di Malaysia yang membuatkan mereka tampil jelita sepanjang masa dan waktu. Nah, kami kongsikan rahsia daripada selebriti-selebriti terkenal di Malaysia ini.

Sentiasa menjaga rutin penjagaan kulit – Michelle Yeoh

View this post on Instagram

Toronto – Paris and now ready for Singapore 😅🥂

A post shared by Michelle Yeoh 楊紫瓊 (@michelleyeoh_official) on

Walaupun Dato’ Michelle Yeoh mempunyai rutin harian yang sangat sibuk sebagai aktres dunia hiburan Hollywood, beliau tidak pernah mengabaikan rutin penjagaan kulit. Beliau merupakan peminat tegar ‘mask’ muka, krim mata dan balm bibir. Kadangkala, beliau memakai 2 keping ‘mask’ muka dan bersenam sewaktu melakukan rutin penjagaan kulitnya! Baginya, kecantikan tidak akan menunggu sesiapa pun.

Rawatan Mandi Ais – Neelofa

Neelofa, seorang selebriti merangkap pelakon dan pengacara dikenali ramai dengan penampilannya yang jelita. Menurut tips yang dikongsikan oleh Neelofa, untuk mengekalkan kesegaran kulit, beliau melakukan rawatan mandi ais. Mandi ais adalah rawatan kecantikan di mana sebuah baldi dipenuhi air dan ais, dicurah dari hujung kaki sehingga ke kepala anda. Kelebihan rawatan ini adalah ia memnguatkan kulit dan tulang. Baiknya, kulit akan kelihatan segar selepas menjalani rawatan ini walaupun tanpa sebarang solekan.

Melindungi kulit daripada sinaran matahari – Erra Fazira

Kunci utama yang diamalkan oleh Erra Fazira bagi mengekalkan kecantikan kulit adalah, memakai pelindung matahari. Pelindung matahari adalah penting untuk mengelakkan kerosakan kulit yang akibat dari bahaya sinaran matahari. Pendedahan yang terlalu lama terhadapnya boleh mengakibatkan masalah kulit seperti kulit kering dan terbakar. Selain itu, ia juga berkesan untuk menghindari penyakit kulit yang lebih serius seperti Kanser Kulit. Namun begitu, jangan hanya menggunakan pelindung tersebut pada kulit muka sahaja. Letakkan juga pada tangan dan bahagian badan lain yang terdedah kepada cahaya matahari.

Rawat rambut dengan minyak zaitun – Fasha Sandha

Fasha Sandha, adalah satu nama yang tidak asing dalam industri seni lakonan negara. Pasti anda tertanya-tanya akan rahsia kecantikan yang diamalkan oleh beliau, bukan? Dipetik melalui perkongsian beliau di Hanasuva.com, Fasha Sandha berkongsi tips yang sentiasa diamalkan untuk mengekalkan kecantikan rambut beliau. Oleh kerana perlu bekerja di lokasi penggambaran, hal tersebut memberi tekanan kepada rambutnya. Jadi beliau mengamalkan rawatan minyak zaitun kerana ia memberikan banyak khasiat untuk rambut walaupun baunya kurang menyenangkan.

Summary
Rahsia Kecantikan Yang Boleh Diikuti Daripada Selebriti Terkenal Malaysia
Article Name
Rahsia Kecantikan Yang Boleh Diikuti Daripada Selebriti Terkenal Malaysia
Description
Anda pasti tertanya-tanya apakah rahsia kecantikan selebriti terkenal di Malaysia yang membuatkan mereka tampil jelita. Bacalah di sini.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: