Rahsia Awet Muda Para Ibu Menurut Selebriti Terkenal Malaysia
Sudah tentu para ibu mendambakan kesihatan yang baik di samping kecantikan walaupun telah menjadi seorang ibu kepada ramai anak.

Sudah tentu para ibu mendambakan kesihatan yang baik di samping kecantikan walaupun telah menjadi seorang ibu kepada ramai anak. Berikut kami kongsikan rahsia awet muda menurut selebriti terkenal di Malaysia.

Masker beras – Erin Malek

https://www.instagram.com/p/ByaW4C1hvgM/?utm_source=ig_web_copy_link

Erin Malek memulakan jejaknya dalam dunia lakonan sebagai seorang pelakon cilik dalam filem Tentang Bulan. Sejak itu, namanya semakin terkenal di persada seni tanah air. Kini, Erin Malek sudahpun bergelar seorang isteri dan ibu kepada cahaya mata yang comel belaka. Walau bagaimanapun, penampilannya masih kelihatan seperti seorang anak dara!

Apakah rahsia awet muda beliau? Menurut tips yang beliau kongsikan dalam salah satu artikel di Hijabista.com.my, Erin Malek mengamalkan masker muka daripada beras. Ia merupakan amalan turun temurun bagi keluarganya.

Selain itu, menjawab mengenai engambilan suplemen, Erin Malek tidak mengambil sebarang suplemen tetapi beliau memakan buah-buahan dan minum jus limau setiap hari. Begitulah cara yang membantu Erin Malek mengekalkan kesihatan kulitnya.

Jaga Makan – Sari Yanti

Sari Yanti memang sudah lama dikenali sebagai selebriti yang cantik serta berbakat. Beliau merupakan isteri kepada pelawak terkenal, Jepp Sepahtu dan kini mempunyai tiga orang cahaya mata. Namun, wajahnya masih kelihatan muda dan cantik persis gadis muda remaja!

Sari Yanti berkongsi petua beliau dalam salah satu artikel di laman web eh.com.my, beliau sangat menjaga pemakanan dengan teliti. Kebiasannya, beliau hanya akan minum air 40 minit selepas menjamah makanan. Beliau turut menegaskan bahawa beliau tidak makan sayur, tetapi lebih suka buah-buahan. Daripada itulah beliau mendapat segala khasiat yang diperlukan.

Makan Ulam-ulaman – Nora Danish

View this post on Instagram

Where to ? • • #NoNey

A post shared by naOradaishi (@noradanish) on

Siapa tidak kenal dengan Nora Danish? Pelakon yang pernah popular di kalangan remaja melalui lakonannya dalam drama bersiri Puteri suatu ketika dulu.

Nora Danish memberitahu media mengenai rahsia awet muda beliau melalui artikel di laman hijabnheels.com, rahsianya ialah makan ulam-ulaman dan minum air secukupnya. Secara umum, ulam-ulaman mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ramai individu yang mengamalkan pengambilan ulam-ulaman tidak pernah kecewa dengan kesan dan kebaikannya terhadap penampilan dan kesihatan mereka. Jadikanlah ulam sebagai sebahagian daripada rutin diet harian anda.

Sentiasa ceria – Mawar Rashid

Mawar pernah ditanya oleh peminatnya di Instagram, apakah rahsia awet muda beliau agar kelihatan cantik walaupun sudah bergelar seorang ibu? Mawar membalas pertanyaan peminatnya itu melalui salah satu kiriman dalam akaun Instagram beliau.

Menurut Mawar, sentiasa positif dan ceria merupakan satu keistimewaan yang mempengaruhi kesihatan sama ada dalaman atau luaran. Ini kerana saat seseorang gembira, sejenis hormon yang digelar ‘endorfin’ dikeluarkan dan hormon ini memainkan peranan pada kesihatan seseorang. Selain itu, beliau juga turut menjaga diet yang seimbang dengan cara mengurangkan porsi nasi dan mengelakkan makanan yang tinggi gula di samping melakukan rutin senaman secara berkala.

SUMBER

Summary
Rahsia Awet Muda Para Ibu Menurut Selebriti Terkenal Malaysia
Article Name
Rahsia Awet Muda Para Ibu Menurut Selebriti Terkenal Malaysia
Description
Sudah tentu para ibu inginkan kesihatan dan kecantikan yang baik. Jadi kami kongsikan rahsia awet muda selebriti terkenal di Malaysia.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: